Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pelajar ditahan kerana memukul

-

SHAH ALAM: Polis menahan tiga pelajar lelaki malam kelmarin kerana disyaki memukul seorang pelajar lelaki pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, ketiga-tiga pelajar berusia 16 hingga 17 tahun itu ditahan di lokasi berasingan di Pelabuhan Klang dan Telok Gong, Klang dekat sini kira-kira jam 8 malam.

“Seorang daripada tiga yang ditahan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Hasil soal siasat, dua pelajar mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan dan kami turut merampas sebuah telefon pintar milik salah seorang pelajar ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Shamsul Amar berkata, kedua-dua pelajar itu yang masing- masing berusia 16 dan 17 tahun kini direman selama empat hari sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangk­an kecederaan,” katanya.

Dalam kejadian pada Jumaat lepas, seorang pelajar lelaki tingkatan dua dikatakan dipukul dua pelajar lelaki lain selepas dituduh mengganggu seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Klang.

Rakaman video kejadian berkenaan yang kemudian tular di laman sosial memaparkan mangsa dipukul dan ditendang oleh dua pelajar berkenaan dan dilihat oleh beberapa individu lain. — Bernama SEREMBAN: Seorang pemandu lori menghadapi detik cemas selepas lori yang dipandunya dengan muatan 25,000 liter minyak kelapa sawit hilang kawalan lalu terbalik di selekoh Jalan Paroi-Senawang di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Nurazhim Mohd Shah berkata kemalangan pada jam 12.16 tengah hari itu turut menyebabka­n tumpahan kira-kira 10,000 liter minyak di lokasi tersebut.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila lori yangdipand­uhilangkaw­alan ketika melalui selekoh menuju ke Senawang dari arah Kuala Pilah, dan pemandu lori yang terlibat tidak mengalamik­ecederaan,” katanya kepada Bernama.

Nurazhim berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12.17 tengah hari dan tiba 10 minit kemudian bersama tujuh anggota serta sebuah jentera.

“Kerja-kerja pemindahan minyak, pengalihan lori dan pembersiha­n minyak menggunaka­n serbuk kayu sedang giat dijalankan,” katanya.

Sementara itu, pemandu lori Norazam Johari, 49, berkata dia sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dari Bahau dan kejadian berlaku begitu pantas.

“Saya intai dari cermin sisi lori nampak tangki mula terumbang-ambing, keadaan tidak dapat dikawal sehingga lori terus terbalik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LORI TERBALIK: Anggota bomba dan penyelamat menabur serbuk kayu bagi memerangka­p lapisan minyak yang tumpah dari lori tangki minyak kelapa sawit yang membawa muatan minyak lebih kurang 25000 liter terbalik di persimpang­an Jalan Paroi - Senawang,...
— Gambar Bernama LORI TERBALIK: Anggota bomba dan penyelamat menabur serbuk kayu bagi memerangka­p lapisan minyak yang tumpah dari lori tangki minyak kelapa sawit yang membawa muatan minyak lebih kurang 25000 liter terbalik di persimpang­an Jalan Paroi - Senawang,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia