Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Nepal cedera parah bergaduh dengan rakan senegara

-

BUTTERWORT­H: Seorang lelaki Nepal cedera parah di kepala dan badan selepas terlibat dalam pergaduhan dengan dua rakan senegarany­a di tempat letak kenderaan di Flat Taman Mesra, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menerima maklumat daripada penduduk di kawasan itu memaklumka­n tiga lelaki Nepal dipercayai mabuk bergaduh di tempat letak kenderaan di situ pada kira-kira jam 10.45 malam.

“Polis yang sampai di lokasi kejadian menghubung­i ambulans sebelum mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan manakala dua lagi lelaki ditahan,” katanya di sini semalam.

Katanya polis turut mer- ampas sebatang kayu berukuran 105 sentimeter daripada dua lelaki berusia 27 dan 28 tahun itu dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

Beliau berkata berdasarka­n siasatan tiga lelaki termasuk mangsa berusia 22 tahun itu menyewa di sebuah rumah di taman berkenaan dan bekerja sebagai buruh dan dua yang ditahan itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Sementara itu, Noorzainy berkata polis menahan dua lelaki berusia 48 hingga 51 tahun dipercayai pengedar dadah dan merampas heroin serta syabu bernilai RM3,700 dalam serbuan jam 1 petang di sebuah rumah di Taman Mak Mandin, di sini kelmarin.

“Berdasarka­n siasatan dua lelaki bekerja sebagai buruh itu terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak tahun lepas dan mereka mendapatka­n bekalan dari sindiket sebelum menjual di sekitar Butterwort­h,” katanya dan menurutnya mereka direman tujuh hari untuk siasatan.

Katanya dalam serbuan berasingan kira- kira jam 11.30 pagi di Taman Bertam Indah, Kepala Batas dekat sini kelmarin, polis menahan lima lelaki warga Thailand yang bekerja sebagai tukang masak sebuah kedai tomyam dan merampas syabu bernilai RM250.

Beliau berkata berdasarka­n siasatan semua tukang masak berusia 18 hingga 35 tahun itu menggunaka­n dadah berkenaan semasa bekerja supaya dapat bertahan terutama ketika memasak sehingga lewat pagi dan mereka kini direman empat hari bagi siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia