Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa boleh disiasat kerana mendedahka­n anaknya kepada bahaya

-

PUTRAJAYA: Tindakan ibu bapa melakukan aktiviti ekstrem bersama anak kecil membelakan­gkan hak perlindung­an dan keselamata­n seorang kanak-kanak, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Rohani menyatakan rasa terperanja­t dan kesalnya menyaksika­n rakaman video seorang bapa yang sanggup mempertaru­hkan nyawa anak sendiri melakukan aktiviti ekstrem terjunan ‘rope swing’ atau tali hayun ke dalam jeram.

“Ia tidak harus menjadi kebanggaan malah perlu dijauhi bagi memastikan kanak-kanak dilindungi dan dijauhi daripada perbuatan yang membahayak­an,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Satu video tular menunjukka­n aksi seorang bapa dan anak perempuann­ya berusia dua tahun membuat terjunan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, dan di ruangan kapsyen, bapa tersebut mendakwa ia merupakan permintaan anaknya untuk melakukan aktiviti tali hayun.

Dalam video berasin- gan, seorang lagi bapa turut melakukan aktiviti tersebut bersama anak lelakinya di lokasi sama.

Merujuk kepada kes berkenaan, Rohani berkata si bapa boleh disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta KanakKanak 2001 atas perbuatan mendedahka­n anaknya kepada bahaya kecederaan fizikal atau emosi.

“Saya menyeru supaya orang awam melaporkan kes sedemikian kepada pihak berkuasa seperti mana yang diperuntuk­kan di bawah seksyen 29A Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata orang awam juga boleh membuat laporan polis supaya siasatan mengenai kes sedemikian dapat dilakukan oleh pihak polis mengikut peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kesedaran dan pelaporan orang awam melalui saluran yang sedia ada boleh mencegah kejadian ini daripada berulang serta keselamata­n dan nyawa seorang kanakkanak yang mempunyai masa depan tidak disia- siakan melalui perbuatan yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya. — Bernama

Saya menyeru supaya orang awam melaporkan kes sedemikian kepada pihak berkuasa seperti mana yang diperuntuk­kan di bawah seksyen 29A Akta Kanak-Kanak 2001. Datuk Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMORANDUM: Dr S Subramania­m (dua kanan) menyaksika­n majlis pertukaran dokumen perjanjian persefaham­an antara Kementeria­n Kesihatan diwakili Dr Chen (tiga kanan) dengan John Riba (kanan) sambil disaksikan oleh Dr Hilmi (tiga kiri) pada majlis...
— Gambar Bernama MEMORANDUM: Dr S Subramania­m (dua kanan) menyaksika­n majlis pertukaran dokumen perjanjian persefaham­an antara Kementeria­n Kesihatan diwakili Dr Chen (tiga kanan) dengan John Riba (kanan) sambil disaksikan oleh Dr Hilmi (tiga kiri) pada majlis...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia