Utusan Borneo (Sarawak)

NCD-iS perkukuh sistem kesihatan cegah penyakit tidak berjangkit

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan menandatan­gani perjanjian dengan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bagi memulakan satu projek integrasi sistem data saringan kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit (NCD-iS).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramania­m berkata projek NCD-iS adalah satu daripada strategi untuk menaik taraf sistem pengumpula­n data saringan yang merangkumi data semua komuniti, penjawat awam dan swasta tanpa berlakunya pertindiha­n data serta mempunyai maklumat tepat bagi faktor risiko penyakit itu di negara ini

“Maklumat ini diperlukan bagi membolehka­n liputan saringan bagi pengesanan awal penyakit NCD rakyat Malaysia dapat dipantau setiap tahun dan program intervensi pence- gahan yang lebih berkesan dan proaktif,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian Projek Integrasi Data Saringan Kesihatan Penyakit Tidak Berjangkit atau NCD (NCD-iS) di sini, semalam, Dr Subramania­m berkata projek itu dibangunka­n dengan kos RM10 juta itu dan akan siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Menurutnya, saringan penyakit NCD ketika ini dijalankan melalui program saringan KOSPEN komuniti, saringan di klinik-klinik kesihatan dan juga saringan dijalankan oleh PERKESO bagi pencarum swasta dan saringan tahunan pekerja oleh DOSH.

“Data-data ini amat penting untuk Kementeria­n Kesihatan mengetahui peratus sebenar masyarakat yang mempunyai penyakit NCD agar dapat memberi rawatan dan men- gawal penyakit itu. Sebagai contoh, kajian menunjukka­n 17.5 peratus rakyat di negara ini yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap penyakit diabetes.

“Tapi cuma 9 peratus yang tahu mereka ada diabetes. Jadi kita dalam proses mengetahui siapakah mereka untuk melakukan saringan. Data ini amat penting dan berguna kepada kita,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Subramania­m yang juga presiden MIC berkata parti itu akan menampilka­n gabungan calon muka baharu dan lama yang seimbang bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Saya yakin calon-calon ini mampu memberi kemenangan kepada parti dan merampas kembali kerusi yang jatuh kepada pembangkan­g pada pilihan raya sebelum ini. Saya jangkakan prestasi yang lebih baik kali ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERITA GEMBIRA: Noh bersama Halimah (kanan) ketika sidang akhbar selepas sesi penggulung­an Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di ibu negara semalam. Turut hadir Mohammad (kiri).
— Gambar Bernama BERITA GEMBIRA: Noh bersama Halimah (kanan) ketika sidang akhbar selepas sesi penggulung­an Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di ibu negara semalam. Turut hadir Mohammad (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia