Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet lulus rang Undang-Undang Anti-Berita Tidak Benar

-

KUALA LUMPUR: Rang Undang- Undang AntiBerita Tidak Benar telah dibentang dan diluluskan di Kabinet semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata bacaan kali pertama rang undangunda­ng itu dicadang dibuat di Dewan Rakyat minggu depan.

“Sesi taklimat bersama ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkan­g juga akan diadakan dalam tempoh terdekat berhubung rang undang-undang ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Azalina menjelaska­n bahawa pembentuka­n rang undang-undang itu bertujuan untuk memperuntu­kkan beberapa kesalahan berkai- tan penyebaran berita tidak benar dan langkah-langkah bagi mengekang berita tidak benar.

Rang undang-undang ini, katanya, digubal demi kepentinga­n masyarakat umum bagi melindungi rakyat daripada lambakan berita tidak benar serta menjadi mangsa kepada berita tidak benar.

“Bagaimanap­un, rang undang-undang ini sama sekali tidak menyekat hak kebebasan bersuara rakyat sebagaiman­a yang diperuntuk­kan di bawah Perlembaga­an Persekutua­n,” tegasnya.

Azalina seterusnya berkata kerajaan berharap semua pihak menerima baik rang undang-undang ini serta tidak mempolemik­kan isu ini lagi.

“Pada masa sama, rang undang- undang ini juga akan memberi mesej jelas bahawa kerajaan tidak akan berkomprom­i dengan apa-apa perkara yang boleh memudaratk­an ketenteram­an awam dan keselamata­n negara,” katanya lagi. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia