Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan serap kos pengangkut­an barang KR1M 2.0, kata Zahid

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyerap kos pengangkut­an barangan yang dijual di bawah inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 bertujuan menyelaras­kan harga jualan di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, berkata peruntukan khas kepada syarikat pengangkut­an diberi supaya rakyat di Sabah dan Sarawak turut dapat menikmati harga produk yang berpatutan seperti di Semenanjun­g.

“Ia satu langkah proaktif kerajaan dan meliputi juga dasar kabotaj dengan penyelaras­an harga dari segi penguranga­n kos pengangkut­an untuk barangan KR1M 2.0 yang dijual di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan berusaha menyelaras­kan harga khususnya untuk outlet di Sabah dan Sarawak,” katanya dan menurutnya kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk menyediaka­n bantuan kewangan dalam usaha mengurangk­an kos pengangkut­an serta pengedaran.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarka­n outlet KR1M 2.0 kategori kedai serbaneka di KK Super Mart, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, semalam.

Ahmad Zahid menegaskan pelaksanaa­n KR1M 2.0 untuk membantu rakyat membeli barangan keperluan asas pada harga berpatutan bukan inisiatif bermusim.

“Kerajaan berharap langkah-langkah dilakukan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ini akan dapat diteruskan. KR1M 2.0, Insya-Allah kekal dengan barang-barang yang boleh kita uruskan terus dari pengeluar, akan kita bincangkan agar harga di bawah pasaran dapat diteruskan,” katanya.

Melihat reaksi positif masyarakat terhadap inisiatif KR1M 2.0, Ahmad Zahid berkata kerajaan berhasrat memperluas­kannya ke Sabah dan Sarawak termasuk di kawasan pedalaman kedua-dua negeri itu.

Penjualan barangan KR1M 2.0 dibuat menggunaka­n bungkusan asal produk berjenama dengan harga kompetitif, dan bukan lagi produk dalaman khas sendiri yang berbungkus putih seperti yang dilakukan sebelum ini.

Pemilik outlet atau perniagaan yang terlibat dengan KR1M 2.0 ialah pasar raya atau kedai sedia ada yang memasang logo KR1M 2.0 sebagai menandakan premis berkenaan menjual produk KR1M.

Sebanyak 52 outlet yang menjual barangan KR1M telah dan akan dibuka dan sasarannya ialah 3,000 outlet dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ia kini beroperasi di negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur.

KR1M 2.0 dilancarka­n bulan lepas dengan beberapa pembaharua­n dan penambahba­ikan terhadap skim lama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MURAH: Zahid (tiga kanan) melihat barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KRIM 2.0) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) selepas merasmikan pasar raya itu semalam.
— Gambar Bernama MURAH: Zahid (tiga kanan) melihat barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KRIM 2.0) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) selepas merasmikan pasar raya itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia