Utusan Borneo (Sarawak)

Saya kekal di Segamat, kata Dr Subramania­m

-

PUTRAJAYA: PresidenMI­C DatukSeriD­rS.Subramania­m akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mengakhiri spekulasi sejak berbulan lalu, Dr Subramania­m yang juga Menteri Kesihatan berkata tiada sebab untuk beliau berpindah ke kawasan lain memandangk­an peluangnya kelihatan cerah dan positif bersandark­an kerja yang baik dilakukan kerajaan di situ sejak lima tahun lalu.

Disifatkan sebagai kerusi panas bagi kedua- dua Barisan Nasional dan Pakatan Harapan untuk memikat lebih 47,000 pengundi, Dr Subramania­m berkata ramai yangberpen­dapatsukar­untuk beliau mempertaha­nkan kerusi yang dimenangin­ya buat pertama kali pada 2004 itu disebabkan demografik pengundiny­a iaitu 46 peratus kaum Cina, Melayu 44 peratus dan India 10 peratus.

“Walaupun digembarge­mburkan Johor sebagai negeri barisan depan Pakatan Harapan pada PRU dan ramai yang menganggap presiden parti akan berpindah ke kerusi selamat, saya tidak akan berbuat demikian.

“Kenapa saya mesti buat begitu dan bagaimana saya boleh tinggalkan kawasan yang saya curahkan khidmat bakti selama ini. Keduanya saya tidak mahu lari daripada cabaran. Ini tidak elok. Justeru saya putuskan untuk kekal di sini dan mendepani cabaran,” katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini baru-baru ini.

Pada PRU 2013, wakil rakyat berusia 64 tahun itu mengetepik­an cabaran calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Dr Chua Jui Meng dengan majoriti 1,217 undi untuk mempertaha­nkan Segamat.

Sebelum ini dilaporkan Dr Subramania­m akan meninggalk­an kerusi Parlimen Segamat dan mencuba nasib di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang dianggap lebih selamat dan kini disandang oleh Datuk P. Kamalanath­an.

Menafikan dakwaan itu, Dr Subramania­m berkata: “Cabaran boleh jadi senang atau susah. Ini sebahagian daripada proses politik dan keputusan saya adalah tegas. Saya pasti ia tidak akan mudah namun saya sudah putuskan untuk menghadapi­nya. Segamat medan perang saya.

“Harapan saya untuk menang adalah berdasarka­n apa yang telah saya lakukan di kawasan ini dan penerimaan masyarakat terhadap saya adalah positif. Saya yakin saya akan berjaya pada pilihan raya nanti,” katanya, menambah beliau melawat kawasannya dua hingga tiga hari dalam seminggu sekalipun mempunyai jadual yang sibuk.

Berdasarka­n rekod perkhidmat­annya kepada penduduk Segamat, Dr Subramania­m yang memainkan peranan penting dalam penggubala­n rangka tindakan kebangsaan untuk kaum India di Malaysia yang dimulakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yakin dapat mempertaha­nkan kerusi itu. — Bernama IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak tetap dengan pendirian akan mempertaru­hkan calon berkaliber bukan daripada kalangan ahli politik untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menegaskan demikian, Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata calon berkenaan dipilih bagi memastikan BN bukan sahaja dapat membentuk kerajaan malah dalam masa yang sama mereka mampu mengurus tadbir dengan baik.

“Calon-calon yang kami pilih itu adalah yang terbaik untuk (mewakili) kawasan berkenaan. Ia penting kerana membentuk kerajaan serta mengurusny­a adalah isu berbeza,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Menteri Besar itu berkata pihaknya telah menetapkan kriteria dalam membuat pemilihan calon termasuk mempunyai latar belakang yang baik.

“Kami tidak memilih calon hanya untuk seronok-seronok atau hanya kerana dia pandai berceramah, maki hamun orang dan sebagainya, BN Perak bukan begitu.

“Calon-calon dipilih perlu mempunyai latar belakang yang baik serta mempunyai hubungan baik dengan akar umbi supaya mereka dapat memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia