Utusan Borneo (Sarawak)

SPR akan bawa usul dilulus Dewan Rakyat untuk perkenan Agong

-

ARAU: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) akan mengguna pakai kawasan persempada­nan baharu jika ia diwartakan sebelum Parlimen ke-13 dibubarkan bagi membolehka­n Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan, kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata, SPR akan membawa usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan Dewan Rakyat untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“SPR hanya perlu masa sehari untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Pertuan Agong dan selepas itu draf tersebut menjadi rasmi dan boleh digunakan untuk PRU14,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarka­n kempen # jomkitasem­ak dan #jomkitaund­i SPR di Universiti Malaysia Perlis di sini semalam.

Mohd Hashim berkata, persempada­nan semula bahagian- bahagian pilihan raya dibuat berdasarka­n kemajuan dan pembanguna­n demografi kawasan dan penduduk, sekali gus menyangkal dakwaan parti-parti politik khususnya pembangkan­g bahawa proses itu dilakukan bertujuan memenangka­n parti pemerintah.

Katanya, persempada­nan semula itu sepatutnya telah diluluskan sejak dua tahun lepas namun tertangguh kerana ia dibawa ke mahkamahol­ehpembangk­ang menyebabka­n perkara itu tertangguh.

Pada 10 Mac, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya akan dibentang untuk dibahas dan diluluskan pada persidanga­n Dewan Rakyat yang sedang berlangsun­g sehingga 5 April.

Menyentuh dakwaan pihak tertentu kononnya

SPR hanya perlu masa sehari untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Pertuan Agong dan selepas itu draf tersebut menjadi rasmi dan boleh digunakan untuk PRU14. Tan Sri Mohd Hashim Abdullah Pengerusi SPR

suruhanjay­a itu telah menukar prosedur pengiraan undi dan penamaan ejen tanpa pemberitah­uan awal, Mohd Hashim menegaskan bahawa sistem perjalanan pilihan raya itu tidak berubah.

Bagi memastikan proses pengundian dan pengiraan undi telus, Mohd Hashim m e m i n t a p a r t i - p a r t i bertanding mengemukak­an ejen yang mencukupi di 29,097 saluran mengundi di 8,971 pusat mengundi dan penjumlaha­n undi.

“SPR rayu, minta parti politik hantar ejen secukupnya di tiga tempat iaitu tempat mengundi, pengiran undi dan barung semakan,” katanya semasa menjelaska­n isu berkenaan.

Mohd Hashim berkata buat pertama kali, SPR memberi peluang kepada mahsiswa untuk terlibat sebagai pemerhati proses perjalanan pilihan raya.

Mohd Hashim berkata, SPR menjemput 12 negara sebagai pemerhati di samping badan bukan kerajaan (NGO) yang berkecuali sepanjang PRU14 berlangsun­g berbanding hanya tiga negara pada PRU13.

Beliau berharap PRU14 menjadi pilihan raya yang terbersih dalam sejarah pilihan raya negara.

“Saya percaya kepada pihak keselamata­n untuk menjaga keselamata­n dan memastikan perjalanan PRU14 lancar, selamat dan harmoni,” katanya.

Pada majlis itu, Mohd Hashim melancarka­n kempen # jomkitasem­ak dan # jomkitaund­i SPR bagi menggalakk­an pemilih berdaftar keluar mengundi dengan sasaran peratusan keluar mengundi sebanyak 85 peratus.

SPR turut melancarka­n media sosial suruhanjay­a itu iaitu Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube bagi membolehka­n orang ramai mendapatka­n maklumat berhubung PRU.

Pemilih berdaftar boleh menyemak tempat mengundi melalui aplikasi mudah alih My SPR Semak yang boleh dimuat turun dalam Google Play Apps atau Apple Apps.

Mereka j uga boleh menghubung­i talian 03-8892 7018 atau mana-mana pejabat SPR negeri atau di portal rasmi SPR di www.spr.gov. my atau menghantar SMS ke talian 15888 dengan menaip SPR nombor kad pengenalan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Mohd Hashim Abdullah pada sidang media selepas melancarka­n kempen #jomkitasem­ak dan #jomkitaund­i SPR di Universiti Malaysia Perlis semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Mohd Hashim Abdullah pada sidang media selepas melancarka­n kempen #jomkitasem­ak dan #jomkitaund­i SPR di Universiti Malaysia Perlis semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia