Utusan Borneo (Sarawak)

Koeman bersedia kembalikan maruah The Oranje

Bekas pengurus Everton itu hadapi England pada penampilan sulung sebagai jurulatih Belanda

-

LONDON: Ronald Koeman berkata dia sudah melupakan kekecewaan ekoran pemecatann­ya oleh Everton dan menjangkak­an “perlawanan yang hebat” menentang England esok ( Jumaat) dalam perlawanan pertamanya sebagai jurulatih Belanda.

Pemenang Piala Eropah dan Euro 1988 berusia 54 tahun itu – yang dipecat Oktober lalu selepas perbelanja­annya sebanyak 140 juta pound ( RM770 juta) memakan diri dengan menakjubka­n – mengakui bahawa usaha untuk mengembali­kan Belanda ke status mereka sebagai salah satu pasukan gergasi dalam b o l a s e p a k dunia akan m e m a k a n masa.

Koeman menggantik­an v e t e r a n Dick Adv o c a a t , y a n g merupakan seo r a n g dalam siri pelantikan tidak berjaya untuk pasukan ‘ The Oranje’ s e - j a k Louis v a n G a a l berund u r selepas m e n - duduk i t e m p a t ketiga di Piala Dunia 2014, pada F e b r u a r i lepas. S a i z t u - gasan yang d i h a d a p i K o e m a n amat besar sekali k e r a n a p a s u - kan Belanda – yang bermain dalam p e r l a w a n a n akhir Piala Dunia pada 2010 – gagal untuk layak ke Euro 2016 atau Piala Dunia pada tahun ini.

“Kami di sini,” kata Koeman kepada akhbar Daily Mail.

“Ia adalah cabaran baharu. Ia adalah satu cabaran yang tidak dapat saya tolak.

“Ia adalah satu penghormat­an untuk menjadi jurulatih Belanda dan saya mengalu- alukan dengan segala yang saya miliki untuk cuba menggerakk­an negara ini ke hadapan sekali lagi.

“Saya mahu membawa kami ke kejohanan besar seterusnya pada 2020. Itulah matlamat kita.

“Ia adalah cabaran yang besar dan sukar. Semua orang tahu ini. Kami tidak layak untuk dua kejohanan besar terakhir dan, OK, ia akan memakan masa.” Koeman – yang tidak dapat memujuk peny

e r a n g B a y e r n Munich, Arjen Robben, untuk menarik balik kepu- tusannya untuk bersara daripada bola sepak antarabang­sa – berdepan dengan pasukan England yang akan bermain di Piala Dunia.

Pasukan England juga merupakan pasukan yang akan dikaitkan selama-lamanya dengan Koeman kerana kekasaran profesiona­l yang dia lakukan ke atas David Platt dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 1994 di mana dia terlepas d e n g a n hanya layangan kad kuning sahaja.

Dia menjaringk­an gol beberapa minit kemudian untuk menyakitka­n lagi hati pasukan E n g l a n d d a n pasukan Belanda seterusnya menang 20, yang ternyata amat penting kerana mereka layak ke kejohanan akhir selaku naib juara kumpulan dan bukan pasukan England. “Ia pasti perlawanan yang hebat,” kata Koeman mengenai perlawanan persahabat­an esok. Koeman, yang membuat 78 penampilan bersama pasukan kebangsaan dari 1982-94, dengan menjaringk­an 14 gol, berkata dia ada masa yang mencukupi u n t u k menemui s e m u l a sentuhanny­a sebagai pengurus sejak kekecewaan­nya selepas kehilangan jawatan di Everton. “S e l e p a s Everton, di mana semua orang tahu ia amat sukar pada hujungnya, saya memerlukan rasa untuk fokus sekali lagi,” kata Koeman. “Saya perlu bangkit. Saya ada masa yang baik untuk relaks. Saya bekerja kerana saya mahu bekerja. “Walaupun selepas keputusan itu ( pemecatann­ya), saya masih gila tentang bola sepak. “Saya mahu terbabit sebagai jurulatih, saya mahu bersama pasukan kebangsaan dan ini adalah waktu yang tepat untuk menyahut cabaran – bagi saya dan pasukan kebangsaan.”

Ia adalah cabaran baharu. Ia adalah satu cabaran yang tidak dapat saya tolak.

Ronald Koeman Jurulatih Belanda

 ??  ?? KOEMAN
KOEMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia