Utusan Borneo (Sarawak)

Kita perlu mengubah keadaan: Benitez

-

LONDON: Rafael Benitez berkata keadaan perlu berubah di kelab gergasi Inggeris Newcastle United jika mereka mahu menghadiah­kan trofi kepada penyokong mereka yang setia selepas beberapa dekad tanpa piala.

Jurulatih berusia 57 tahun yang pernah memenangi Liga Juara- Juara itu tetap setia bersama pasukan ‘The Magpies’ w a l a u - pun permintaan­nya bagi darah baharu kerap tidak dipedulika­n oleh pemilik kontrovers­i Mike Ashley.

Kedudukan Newcastle di bahagian tengah liga tidak selesa seperti yang dijangkaka­n kerana mereka hanya empat sahaja di atas zon penyingkir­an dan perlawanan mereka seterusnya adalah menentang kelab bermasalah Huddersfie­ld pada 31 Mac.

“Kita perlu mengubah keadaan,” kata Benitez kepada akhbar The Times di Alicante di mana skuadnya berada di sebuah kem latihan pada waktu rehat antarabang­sa.

“Saya datang ke sini dengan idea untuk bersaing dan mewujudkan sebuah pasukan yang kuat dan kelab yang kuat, untuk bertanding setiap tahun. “Apa yang kita perlu buat jika kita kekal dalam liga utama adalah menambah baik. “Cara Newcastle membuat sesuatu sebelumsay­a tiba tidak bermakna ia betul, k e r a n a m e r e k a menurun. “Memandangk­an sekarang kita ada peluang untuk naik, kita tidak boleh membuat kesilapan yang sama lagi.” Walaupun dekat dengan zon penyingkir­an, Newcastle menarik penonton purata ketujuh paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kehadiran lebih 51,000 orang. Benitez, yang sudah dua kali dipilih sebagai jurulatih terbaik UEFA, berkata dia terus memegang jawatan walaupun ada keraguan kerana potensi kelab itu yang amat besar walaupun mereka tidak pernah memenangi trofi sejak 1955.

“Bila saya kata asya mahu kekal, saya dapat melihat potensi bagi kelab ini untuk berada dalam kelompok 10 teratas atau malah lebih tinggi lagi, tetapi ia bergantung kepada prestasi yang konsisten,” kata Benitez.

“Kami perlu ada struktur. Semua orang mesti teratur.

“Dapatkah kami memenangi trofi? Kami memerlukan masa, tetapi kita tidak tahu dalam kejohanan piala.

“Untuk bersaing dan berupaya memenangi sesuatu, kita perlu ada pelan dan proses. Segalanya perlu lebih jelas.”

Benitez, yang hairan dengan waktu tawaran untuk melanjutka­n kontraknya pada Januari lalu ketika dia sebaliknya meminta Ashley untuk membelanja­kan wang bagi mendapatka­n pemain, berkata musim ini lebih merupakan satu cubaan berbanding sesuatu yang menyeronok­kan.

“Adakah saya seronok menjadi peng u r u s Newcastle? Saya seronok bila kami menang,” kata Benitez, dengan keluarga yang masih tinggal di Liverpool.

“Saya suka membuat sesuatu dengan baik dan apabila kita melihat sesuatu adalah betul, saya amat bangga.

“Namun ia sukar untuk menikmatin­ya apabila kita menderita sepanjang masa kerana kita perlu menang dan kemudian kita kalah.

“Adakah saya seronok dengan musim ini? Tidak, tetapi mungkin perkataan ‘keseronoka­n’ berbeza dalam bahasa Inggeris.

“Saya amat gembira dengan kerja saya. Saya menyukainy­a. Tetapi keseronoka­n ialah apabila anda menjaringk­an lapan gol dalam L i g a J u a r a - Juara men e n t a n g Besiktas.”

 ??  ?? BENITEZ
BENITEZ
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia