Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton isytihar sedia menghadapi musim baharu Formula Satu

-

MELBOURNE: Lewis Hamilton yang segar semula telah mengisytih­arkan dia sudah bersedia untuk menghadapi musim baharu Formula Satu ( F1) – berita buruk bagi pencabarny­a.

Pemandu Mercedes itu merupakan orang yang semua mereka perlu tewaskan sekali lagi, tetapi pada usia 33 tahun, Hamilton, juara dunia empat kali dan sekarang veteran dalam sukan permotoran, dipercayai mahu mempercepa­tkan dan bukannya memperlaha­nkan langkah.

Hamilton, yang mengintai lima kejuaraan F1 milik Juan Manuel Fangio, memberi imbasan kepada pemikirann­ya apabila dia mendedahka­n bahawa dia rasa dia tidak pernah melakukan pusingan yang sempurna, walaupun selepas memecah rekod dengan menduduki tempat paling hadapan sebanyak 72 kali.

“Saya tidak pernah melakukan pusingan yang sempurna,” katanya, menurut badan penyiaran British, Sky Sports.

“Pusingan sempurna? Tidak, dan itulah perkara yang begitu hebat mengenai sukan ini, kita tidak pernah menjadi sempurna.”

Hamilton menambah: “Mungkin anda hampir sempurna. Namun bayangkan jika dalam kira- kira 30,000 pusingan itu, saya melakukan 1,000 atau 10,000 pusingan sempurna. Ia pasti amat membosanka­n.

“Jika kita bermain dengan sempurna berkali-kali, kita pasti hilang motivasi kerana ia mudah. Kita mesti sentiasa beralih kepada sesuatu yang lebih sukar.

“Tetapi tiada kelas lain yang lebih bagus berbanding Formula 1, jika saya melakukann­ya dengan sempurna, ia pasti membosanka­n.”

Pemandu kulit hitam tunggal dalam F1 itu datang dari asal-usul yang sederhana di Stevenage, sebuah bandar di luar London di Britain, dan dipercayai berkembang menerusi cabaran.

Hamilton, yang telah menggunaka­n ‘Still I Rise’, tajuk bagi satu sajak Maya Angelou, sebagai cogan kata peribadi, menghadapi masalah sedikit apabila dia dikritik kerana mengejek anak saudara lelakinya yang memakai gaun, sekali gus mendorongn­ya untuk keluar dari media sosial dan memadamkan tulisan selama bertahun-tahun.

Namun selepas dia berdiam diri, Hamilton mula menulis semula dalam media sosial pada Januari lalu, dengan tulisan yang yakin dalam Instagram: “Saya tidak akan berhenti, saya tidak ada garisan penamat.”

Membimbang­kan bagi pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, dan dua pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen, Hamilton juga mendapat manfaat daripada kereta Mercedes yang kelihatan lebih bagus pada musim ini apabila dia cuba mempertaha­nkan kejuaraan dunianya.

Ketua teknikal James Allison berkata kereta Mercedes W09 akan “meniup” model pada tahun lepas, dan kereta itu tidak menunjukka­n sebarang kelemahan jelas apabila ia melakukan lebih banyak pusingan berbanding kereta lain sewaktu ujian pramusim.

Bekas rakan dalam pasukan Mercedes, Nico Rosberg, satu-satunya pemandu yang menafikan empat kejuaraan F1 terakhir berturut-turut bagi Hamilton, berkata pemandu lain perlu mengambil kesempatan sepenuhnya setiap kali pemandu British itu menunjukka­n prestasi tidak konsisten.

“Dia mengalami waktu apabila dia tidak melakukann­ya dengan baik. Kita perlu mengambil kesempatan sepenuhnya, sudah tentu, dan Sebastian melakukann­ya dengan agak baik pada tahun lepas,” kata juara 2016 itu, menurut Sky. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia