Utusan Borneo (Sarawak)

Pelumba Astana pro Team itu ungguli peringkat keempat LTdL dari Dungun ke Pekan, Pahang

-

PEKAN: Pelumba Astana pro Team, Riccardo Minali merangkul kemenangan peringkat kali kedua pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2018 ( LTdL) selepas mengunggul­i peringkat keempat dari Dungun ke Pekan, Pahang, sejauh 183.8 kilometer ( km) semalam.

Pelumba Itali, yang memangi peringkat kedua, kelmarin, berjaya melepasi saingan sengit daripada kelompok utama untuk melintasi garisan penamat dengan catatan masa 4 jam 10 minit 14 saat dikuti rakan senegara, Andrea Guardini daripada pasukan Bardiani CSF.

Pelumba pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Saleh melakukan kejutan apabila menduduki tempat ketiga daripada keseluruha­n 121 pelumba yang bersaing dengan catatan masa sama dengan Minali dan Guardini.

Kejayaan Minali itu membolehka­n beliau merampas jersi hijau selaku Raja Pecut dengan mengumpul 38 mata yang sebelum ini dipakai pelumba Korea Selatan, Kim Dae-yeon daripada pasukan KSPO Bianchi Asia Procycling.

Sementara itu, pemenang peringkat ketiga, Adam de Vos daripada pasukan Rally Cycling masih mengekalka­n jersi kuning, selaku pendahulu keseluruha­n dengan jumlah pungutan masa 16:55.45s, walaupun hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-31 pada peringkat keempat.

Pelumba Colombia, Bernardo Suaza Arango ( Manzana Postobon), mengekalka­n jersi merah polka dot, selaku Raja Bukit manakala pelumba Malaysia, Nik Mohd Azwan Zulkiflie (Forca Amskins Racing) mengekalka­n jersi putih, selaku pelumba terbaik Asia, untuk peringkat kedua berturut-turut.

Dalam pada itu, Minali pada sidang media, menyifatka­n kejayaanny­a adalah atas bantuan rakan sepasukan yang menunjukka­n kerjasama baik bagi membolehka­n beliau menawan peringkat keempat itu.

“Tugas yang hebat daripada rakan sepasukan yang berusaha gigih dan walaupun menghadapi saingan sengit daripada kelompok utama yang melakukan pecutan pada dua kilometer terakhir, saya mampu meraih kemenangan,” katanya.

Mengenai peringkat kelima hari ini, beliau berkata pakar pendakian

Tugas yang hebat daripada rakan sepasukan yang berusaha gigih dan walaupun menghadapi saingan sengit daripada kelompok utama yang melakukan pecutan pada dua kilometer terakhir, saya mampu meraih kemenangan. Riccardo Minali Pelumba Astana pro Team

mempunyai kelebihan tetapi berharap untuk membantu rakan sepasukann­ya, Yevgenly Gidich untuk mendapatka­n kedudukan podium. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SENGIT: Minali (kanan) memecut laju menuju ke garisan penamat pada siri Jelajah Le Tour de Langkawi 2018 peringkat keempat dari Dungun ke Pekan sejauh 183.8 kilometer di Pekan semalam.
— Gambar Bernama SENGIT: Minali (kanan) memecut laju menuju ke garisan penamat pada siri Jelajah Le Tour de Langkawi 2018 peringkat keempat dari Dungun ke Pekan sejauh 183.8 kilometer di Pekan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia