Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan Asia: Skuad papan selaju mampu raih pingat

-

KUALA LUMPUR: Skuad papan selaju negara dijangka mampu menyumbang pingat pada penampilan sulungnya di Sukan Asia Indonesia yang dijadualka­n bermula dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini.

Ketua Jurulatih papan selaju kebangsaan, Mohd Zamri Mohd Ramli berkata walaupun pertama kali bertanding di peringkat Asia, beliau yakin anak buahnya mampu menandingi pencabar dari Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Jepun.

“Prestasi pemain negara setanding dengan atlet dari Hong Kong, Thailand dan pasukan tuan rumah, Indonesia. Namun mereka akan menghadapi tentangan sengit dari Jepun.

Saya yakin atlet mampu mencipta kemenangan setimpal dengan persiapan yang dijalankan walaupun mereka masih belum mengikuti latihan berpusat namun atlet-atlet papan selaju bersemanga­t untuk membawa nama negara dengan melakukan latihan sendiri setiap hari di Bukit Kiara,” katanya pada sidang media Angka Tour 2018 di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam.

Beliau juga berkata pihaknya juga telah berjumpa dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi membincang­kan tentang program latihan yang lebih teratur dan efektif sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia dan juga Sukan Olimpik,

Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) telah menyenarai­kan enam atlet yang akan mengambil bahagian dalam dua kategori papan selaju (park dan street), yang kali pertama dipertandi­ngkan pada Sukan Asia itu.

Merekaadal­ahMohd Nur Firdaus, Ian Iman, Fikri Fauzi, Zainul Mutaqien Marzuki, Christina Lai dan Fatin Syahirah Roszizi.

Dalam pada itu MESA turut menganjurk­an program Angka Tour 2018 yang akan disertai personalit­i profesiona­l sukan papan selaju seperti Arto Saari, Jack Curtin, Davis Torgeson, Margie Didal, Tom Karangelov dan Jasper Dohrs pada hujung minggu ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia