Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan komisar perlumbaan tepat: Kumaresan

-

DUNGUN: Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018, Ciclista Sports Sdn Bhd menghormat­i keputusan panel Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) yang mengambil tindakan menggugurk­an pelumba China, Chen Zi Wen daripada perlumbaan berbasikal terulung Asia itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ciclista Sports, M Kumaresan menjelaska­n tindakan yang diambil komisar perlumbaan terhadap pelumba pasukan Giant Cycling Team itu adalah tepat kerana telah melanggar peraturan UCI.

“Ketua Komisar nampak insiden yang mana pelumba China itu telah membaling botol minuman ke arah Mohd Harrif Saleh dan ia jelas satu kesalahan yang serius.

“Jadi, hasil perbincang­an lima panel komisar perlumbaan berhubung insiden tersebut, mereka memutuskan untuk menyingkir­kan pelumba China itu,” kata Kumaresan ketika ditemui pemberita sebelum bermulanya peringkat keempat LTdL di sini, semalam.

Chen disingkirk­an daripada LTdL 2018 selepas didapati bersalah menyerang pelumba negara, Mohd Harrif daripada Pasukan Lumba Basikal Profesiona­l Terengganu (TSG) selepas berakhirny­a peringkat ketiga dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu, semalam.

Insiden berkenaan dilaporkan menjadi tular di laman sosial dan mendapat kecaman daripada segelintir netizen.

Chen didenda sebanyak 300 Swiss franc (RM1,231) selepas didapati bersalah melanggar dua peraturan UCI iaitu di bawah Artikel 30.1 Akta Keganasan selain Artikel 37 iaitu kelakuan yang merosakkan imej berbasikal.

Mohd Harrif pula didenda sebanyak 50 Swiss franc (RM205) kerana melanggar Artikel 30.1, namun masih dibenarkan meneruskan saingan dalam LTdL 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia