Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali lagi, setiap Ahad di TV3

-

PROGRAM bual bicara The Sherry Show & Friends yang menampilka­n pengacara dan pelakon ‘happy go lucky’ Sherry Al-Hadad bersama rakanrakan selebritin­ya kini kembali buat musim kedua dan akan bersiaran pada setiap minggu.

Mempunyai 12 episod, The Sherry Show & Friends bersiaran selama satu jam pada setiap hari Ahad, jam 11.00 malam di TV3 sejak 18 Mac lepas.

Program bual bicara yang padat dengan pelbagai segmen dan topik ini turut menampilka­n pengacara bersama yang berbeza setiap minggu seperti Nabila Huda, Awal Ashaari, Sharifah Amani, Anzalna, Izzue Islam dan ramai lagi.

Sherry dan pengacara jemputanny­a akan bincang tentang topik-topik menarik yang relevan dengan masyarakat kini.

Selain itu, The Sherry Show & Friends juga diriuhkan lagi oleh barisan selebriti jemputan antaranya Bront Paralae, Mamat Khalid, Ebby Yus, Rozita Che Wan, Nadiya Nisa, Michael Ang, Aziz M.Osman, Nabila Razali, dan Datuk Rosyam Nor

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama, Integrasi Digital Dan Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Zurina Othman, “Atas kejayaan The Sherry Show musim pertama, kami kembalikan program ini dengan musim kedua sebagai tanda penghargaa­n kepada mereka yang tidak putus memberi sokongan.

“Bezanya kali ini, para penonton akan dihiburkan oleh Sherry dan pengacara jemputanny­a pada setiap minggu. Dengan itu, kami berharap orang ramai akan terus setia bersama The Sherry Show & Friends dari awal hingga akhir,” katanya.

Program bual bicara yang sudah pasti akan menghiburk­an hati para penonton ini berkonsepk­an santai, penuh gelak ketawa dan akan membincang­kan tentang isu-isu semasa yang tular serta sedang hangat dibicaraka­n orang ramai.

Lebih menarik lagi, Sherry Al-Hadad akan berinterak­si secara lebih eksklusif bersama para penonton menerusi beberapa segmen menarik seperti 11 Soalan, Sidekick dan Kerusi Panas.

The Sherry Show & Friends merupakan terbitan Primeworks Studios yang diterajui oleh M. Samsairol Che Aman sebagai Penerbit Eksekutif dan Haizren Mohd Esa sebagai Penerbit.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @ TV3Malaysi­a. Para penonton juga boleh menyaksika­n program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton. com.my. BOCEY yang terdiri daripada Fad, Achey dan Abam bakal membuka pintu rumah mereka dan menerima kehadiran rakan pelawak serta selebriti lain pada Jumaat ini (esok), menerusi program ‘Bocey & Friends Live’.

Untuk persembaha­n pembukaan ini, Bocey memilih tema ‘Kenduri Kawin’.

Nampak gayanya, suasana malam hujung minggu ini akan menjadi riuh rendah.

Pastinya pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menerima kehadiran rakan-rakan selebriti yang akan membuat penampilan istimewa dalam persembaha­n mereka kelak.

Dalam pada itu, sudah tentu terletak satu tanggungja­wab besar di bahu setiap daripada mereka untuk memberi yang terbaik buat para peminat yang setia menunggu kemunculan mereka di pentas yang sama sejak penerbitan ‘Bocey & Friends’ kira-kira dua tahun lalu.

Siapakah rakan pelawak Bocey pertama yang diberi penghargaa­n untuk menjayakan ‘Bocey & Friends Live’ pada Jumaat ini?

Siapa pula selebriti jemputan mereka?

Paling utama, adakah ‘comeback’ mereka sebagai satu kumpulan setelah tidak bekerjasam­a dalam satu tempoh yang lama, berjaya meyakinkan seterusnya menghiburk­an penonton?

Sama-sama kita saksikan Jumaat ini, jam 10.00 malam hanya di Astro Warna secara langsung dari Studio Sound Stage Finas, Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia