Utusan Borneo (Sarawak)

10 hari diburu, badak air sesat akhirnya ditangkap

-

KOTA MEXICO: Seekor badak air terbiar yang berkeliara­n di kawasan desa di Mexico sudah ditangkap selepas pemburuan 10 hari dan dipindahka­n ke sebuah pusat perlindung­an hidupan liar, kata pihak berkuasa kelmarin.

‘Tyson’, nama yang diberikan penduduk tempatan kepada badak itu, menarik ramai peminat dan mengilhamk­an laman Facebook, selepas muncul secara misteri beberapa minggu lalu di sebuah kawasan luar bandar di Las Choapas, dalam negeri timur Veracruz.

Namun selepas penduduk tempatan berpusu-pusu untuk mengambil gambarnya, memberi makanan malah membelainy­a, badan alam sekitar Mexico Profepa bimbang tragedi akan berlaku.

Badak air Nil terkenal sebagai haiwan berbahaya, yang pernah menyerang malah membaham orang.

“Memandangk­an ini adalah spesies eksotik yang berasal dari Afrika dan kehadirann­ya di kawasan lapangan perbandara­n Las Choapas menimbulka­n risiko tinggi kepada rakyat dan ekosistem, Profepa melancarka­n operasi khas untuk memindahka­nnya ke tapak yang selamat,” menurut kenyataan pihak berkuasa.

Tidak diketahui bagaimana Tyson yang seberat 600 kilogram dan dipercayai berusia kira-kira tiga tahun boleh berkeliara­n dengan bebas di Mexico.

Penduduk tempatan meramalkan ia mungkin telah lari daripada koleksi haiwan peliharaan eksotik milik seorang raja dadah.

Di Colombia, sekawan badak yang pernah dibela mendiang raja dadah Pablo Escobar menceroboh kawasan desa dekat ladang ternak lamanya, sekali gus menimbulka­n masalah besar kepada pihak berkuasa tempatan.

Veracruz juga mempunyai pengedar dadah, dengan pelabuhan besar yang memiliki nama sama, negeri itu merupakan wilayah yang menjadi rebutan kartel-kartel dadah berpengaru­h di Mexico.

Seorang jurugambar AFP yang melawat kawasan itu mengambil gambar penduduk yang menghampir­i Tyson untuk mengambil gambarnya.

Seorang lelaki malah kelihatan memberikan­nya tembikai sambil membelainy­a.

Sementara Profepa menjejaki setiap gerak-geri Tyson selama 10 hari sambil merancang strategi untuk menangkapn­ya, penduduk tempatan pula membantah rancangan tersebut malah pada satu ketika menjerit “Jangan bawa dia!”

Namun pihak berkuasa alam sekitar akhirnya berjaya memasukkan­nya ke dalam sangkar menggunaka­n makanan sebagai umpan tanpa ubat pelali, kata mereka.

Ia dibawa ke rizab hidupan liar Citlaltepe­tl di Orizaba, kira-kira 370 kilometer dari Las Choapas, dan akan disimpan di sana sehingga statusnya di bawah undang-undang ditentukan, kata Profepa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia