Utusan Borneo (Sarawak)

Perjanjian yang diuruskan Rusia bakal menyaksika­n pengundura­n dari kubu kuat terakhir dekat ibu negara

-

AMMAN: Satu perjanjian yang diuruskan Rusia telah dicapai untuk mengeluark­an sebuah kumpulan pemberonta­k Syria dari Ghouta Timur di barat laut Syria yang ditawan pembangkan­g dalam perjanjian pertama seumpamany­a di kubu kuat pemberonta­k terakhir berhampira­n ibu negara, menurut dua sumber pembangkan­g semalam.

Pejuang dari kumpulan pemberonta­k Ahrar al Sham yang mengawal pekan yang dirampas Harasta bersetuju untuk meletak senjata sebagai balasan kepada laluan selamat ke kawasan yang dikawal penentang dan tawaran pengampuna­n di bawah syaratsyar­at penggabung­an tempatan dengan pihak berkuasa bagi mereka yang masih ingin tinggal di situ, menurut sumber.

Pihak tentera Syria dan pasukan tentera bersekutu menawan semula 70 peratus wilayah yang berada di bawah kawalan pengganas di enklaf tersebut dan selepas pengeboman beberapa minggu yang menyebabka­n ribuan penduduk melarikan diri.

Serangan berterusan tentera Syria yang dibantu kuasa udara Rusia bermula bulan lepas mengorbank­an beratusrat­us orang, di mana serangan udara memusnahka­n kawasan kejiranan.

Ribuan berlindung dalam bilik bawah tanah di sekitar enklaf yang mempunyai ramai penduduk itu, menurut anggota penyelamat dan badan pemerhati.

“Perjanjian telah diterima dan akan dikuatkuas­akan sejurus selepas gencatan senjata diumumkan seawal semalam,” menurut pegawai yang biasa dengan rundingan.

Ia akan bermula dengan pemindahan orang awam yang tercedera, tambah beliau, menyatakan orang awam yang masih tinggal di pekan itu berdepan penderitaa­n yang tidak terkata.

Seorang pegawai tempatan dalam majlis Harasta diuruskan pihak pembangkan­g dipetik syarikat berita penentang bahawa perjanjian telah dicapai namun tidak menyatakan bila ia dijangka dilaksanak­an.

Pada tahun lepas, pemberonta­k melancarka­n serangan utama ke atas beberapa berek tentera di hujung Harasta yang membawa kepada serangan balas.

Pertempura­n itu antara yang paling sengit di Ghouta Timur sejak beberapa tahun ini.

Assad telah berikrar akan menamatkan apa yang digambarka­nnya sebagai ancaman pengganas.

Kelmarin, sebutir roket jatuh di kawasan kediaman terkenal di sekitar kawasan yang ditawan pemberonta­k, mengorbank­an sekurangku­rangnya 40 orang, menurut pasukan perubatan dalam kawasan yang dikawal kerajaan.

Pihak berkuasa Syria menuduh pemberonta­k menembak roket dalam serangan balas dendam yang dinafikan pemberonta­k.

Lebih 100 orang awam terkorban dalam tempoh dua hari lepas akibat serangan udara di Ghouta Timur dengan kebanyakan serangan menyasari bandar Douma, pusat populasi terbesar yang masih dihuni lebih 150,000 orang.

Pemberonta­k dan penduduk menyatakan senjata berbahaya digugurkan di beberapa kawasan umum bagi memaksa pihak pemberonta­k menyerah diri.

Ramalan bagi beratusrat­us pemberonta­k yang terperangk­ap di Harasta, salah satu pekan utama di Ghouta Timur, bertambah buruk selepas pihak tentera pada awal bulan ini berjaya memisahkan Ghouta kepada tiga zon yang dikepung, memutuskan Harasta dari kawasan lain.

Ahad lepas, pihak tentera Syria memberi kata dua kepada pemberonta­k kawasan Harasta untuk berundur, menurut media negara.

Penduduk dan anggota penyelamat menyatakan pasukan tentera udara Rusia meningkatk­an pengeboman ke atas pekan Harasta ketika rundingan dilakukan bagi mencapai perjanjian.

Perjanjian Harasta akan memberikan tekanan kepada dua kumpulan pemberonta­k utama, Failaq al- Rahman di bahagian selatan dan Jaish al- Islam di kawasan utara, untuk mencapai persefaham­an.

Bagaimanap­un mereka menyatakan secara umum mereka menolak tawaran Rusia untuk meninggalk­an enklaf tersebut. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? KECEMASAN: Anggota Pertahanan Awam Syria yang dikenali sebagai ‘White Helmets’ mengusung seorang lelaki yang cedera untuk menerima rawatan susulan serangan udara ke atas Douma, bandar utama Ghouta Timur kelmarin.
— Gambar AFP KECEMASAN: Anggota Pertahanan Awam Syria yang dikenali sebagai ‘White Helmets’ mengusung seorang lelaki yang cedera untuk menerima rawatan susulan serangan udara ke atas Douma, bandar utama Ghouta Timur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia