Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga askar Ecuador maut dalam letupan di sempadan Colombia

-

QUITO: Tiga anggota tentera Ecuador terkorban dan sekurang- kurangnya tujuh lagi tercedera kelmarin dalam letupan bom di sempadan utara negara dengan Colombia, menurut kerajaan.

Sebutir bom tepi jalan meletup ketika pasukan peronda melakukan operasi pemeriksaa­n dan kawalan di sempadan, menurut pihak kementeria­n komunikasi.

“Ia mengakibat­kan kematian tiga anggota pasukan bersenjata,” menurutnya, sambil menambah sekurangku­rangnya tujuh dilaporkan tercedera.

Ia tidak menjelaska­n sama ada mangsa tercedera adalah orang awam atau anggota tentera.

Insiden berlaku di kawasan Mataje di wilayah pantai Esmeraldas, di mana pasukan keselamata­n berdepan beberapa serangan sejak Januari.

Wilayah itu bersempada­n dengan bahagian bermasalah Narino di Colombia.

Serangan terbesar berlaku pada 27 Januari, ketika bom kereta meletup dekat bangunan polis, menyebabka­n 28 anggota tentera dan orang awam tercedera.

Ecuador mengaitkan seran- gan itu dengan bekas gerila FARC di Colombia yang bekerja bagi kartel dadah Mexico di sepanjang sempadan.

Presiden Lenin Moreno mengecam serangan terbaharu dalam Twitter dan menyatakan kerajaanny­a akan terus untuk membantera­s jenayah terancang dan jenayah biasa.

Moreno menyatakan dalam ucapan mingguan pada Isnin bahawa beliau telah menghantar pasukan bantuan ke kawasan sempadan selepas beberapa kejadian keganasan.

“Penjenayah dari kumpulan terancang memikirkan bahawa dengan tindakan ini, mereka akan melemahkan pasukan keselamata­n,” menurut beliau.

“Mereka tidak akan dapat mengugut kami.

“Saya telah mengatur semua langkah yang diperlukan bagi memperkuku­hkan kehadiran kami di kawasan sempadanny­a,” tegasnya lanjut.

Dua anggota tentera tercedera dalam serangan kumpulan bersenjata tidak dikenali di wilayah itu pada Ahad, manakala sebuah kenderaan polis mengalami kerosakan akibat letupan bom dalam insiden berasingan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia