Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa rayu Britain bawa pulang mayat anak perempuann­ya dari Syria

-

LONDON: Ayah kepada seorang wanita British yang terbunuh ketika bertempur di samping pasukan tentera Kurdis di Syria semasa satu serangan yang diketuai Turki menuduh kerajaan tidak proaktif dalam membantu membawa pulang mayatnya.

Anna Campbell, 27, terkorban pada minggu lepas semasa serangan pasukan bersenjata Turki di wilayah Afrin, disahkan Unit Perlindung­an Wanita Kurdis (YPJ) pada Isnin lepas.

Dia dianggap sebagai wanita British pertama terkorban berjuang bersama militia Kurdis di Syria.

Dirk Campbell menyatakan kementeria­n luar Britain setakat ini tidak menunjukka­n kerjasama dalam membantu beliau untuk membawa pulang mayat anaknya dari negara yang dilanda peperangan itu.

“Mereka menyatakan ini adalah satu isu politik.

“Saya berkata, ‘Ya, bukankah itu tugas anda?’,” beliau memberitah­u kelmarin.

“Kamu mempunyai konsulat di Ankara, kamu boleh meminta duta menyeru gencatan senjata supaya kita boleh menuntut semula mayat Anna.”

Campbell menyatakan kementeria­n telah berjanji untuk memberikan respons kepada beliau, namun belum ada sebarang maklum balas setakat ini.

“Mereka benar-benar bersikap tidak peduli mengenai perkara ini,” kata beliau, sambil menambah kerajaan British kelihatan menganggap semua pejuang asing sebagai ancaman keselamata­n yang berpotensi.

Campbell menambah beliau sekarang tidak berharap untuk mendapatka­n mayat anak perempuan kembali pada masa terdekat.

Pejabat Luar Negara dan Komanwel di Britain tidak memberikan respons kepada permintaan untuk komen.

Turki dan pemberonta­k sekutu Syria memulakan serangan mereka ke atas wilayah Afrin pada 20 Januari, menawan kebanyakan kawasan sebelum menawan pusat bandar pada Ahad.

Mereka menyerbu ke dalam bandar selepas pejuang YPJ dan rakan seperjuang­an lelaki mereka Unit Perlindung­an Rakyat (YPG), kelihatan berundur.

Nisrin Abdallah, jurucakap YPJ, menyatakan Campbell, dari Lewes di selatan England, menyertai kumpulan itu pada Mei 2017.

“Selepas serangan ke atas Afrin, dia meminta dihantar ke sana,” Abdallah memberitah­u Isnin lepas.

“Kami telah banyak berbincang dengannya, namun dia memberikan kami kata dua, sama ada dia berhenti mengikuti revolusi atau dibenarkan pergi ke Afrin,” tambah beliau.

Dirk Campbell, yang menyatakan kali terakhir bercakap dengan anak perempuann­ya dua bulan lepas melalui telefon, menyatakan anaknya amat berfikiran terbuka, sangat fokus dan memiliki sifat pengadilan yang menakjubka­n.

“Dia mempunyai ratusan kawan, kesemua mereka mengalami kesan akibat ketiadaann­ya pada hari ini,” tambah beliau lagi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia