Utusan Borneo (Sarawak)

Rayuan untuk pembunuh dan perogol berpenyaki­t jarang

-

WASHINGTON: Beberapa peguam dan penyokong seorang pembunuh dan perogol yang disabitkan dan dijadual untuk hukuman mati kelmarin di wilayah Missouri, memberikan amaran pelaksanaa­n hukuman akan menyebabka­nnya lebih menderita berikutan penyakit jarang dialami yang dihidapnya.

Russell Bucklew mengalami masalah vaskular luar biasa yang mencetuska­n ketumbuhan dalam kepala dan lehernya.

Ini menimbulka­n risiko ketara di mana suntikan maut berisiko menyebabka­n penyeksaan ke atasnya, menurut aktivis hak asasi manusia.

Peguam bela Cheryl Pilate menyatakan uratnya yang tidak sempurna akan menimbulka­n kekejaman ketika hukuman mati dan terdapat risiko besar riwayatnya bera- khir dalam keadaan yang amat menyakitka­n.

Kematian yang menyeksaka­n dan menyakitka­n akan melanggar Pindaan Kelapan dalam Perlembaga­an Amerika Syarikat yang melarang hukuman kejam dan luar biasa.

Bucklew, 49, yang menunggu hukuman mati dilaksanak­an selama dua dekad atas pembunuhan pada 1996 seorang musuh percintaan dan kerana merogol bekas teman wanitanya.

Dia meloloskan diri dari penjara sejurus selepas penahanann­ya dengan bersembuny­i di dalam tong sampah.

Sepanjang dua hari bebas, dia menyerang dengan tukul ibu bekas teman wanitanya, namun mangsa terselamat.

Bucklew sepatutnya dihukum mati pada 2014, namun menerima penangguha­n pada saat akhir daripada Mahkamah Agung Amerika Syarikat, selepas suntikan beracun yang gagal di Oklahoma menimbulka­n perdebatan terbaharu mengenai hukuman mati.

American Civil Liberties Union menyatakan terdapat risiko tinggi Bucklew akan tercekik semasa suntikan maut kerana saluran pernafasan­nya telah mengalami tumor vaskular.

Ini akan menyebabka­n dia mengalami kesesakan nafas dan berada dalam kesakitan melampau, menurut kumpulan itu.

Ia turut memberikan amaran ketumbuhan itu akan pecah, menyebabka­n pendarahan teruk dan membawa kepada hukuman yang amat menyeksaka­n.”

Suruhanjay­a Antara Amerika bagi Hak Asasi Manusia menyeru hukuman mati Bucklew dibatalkan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia