Utusan Borneo (Sarawak)

911 dihubungi tiga kali sebelum serangan Parkland

-

NEW YORK: Sebuah keluarga yang terlalu takut dengan penembak sekolah tinggi Florida bertindak menghubung­i perkhidmat­an kecemasan sebanyak tiga kali sebelum dia membunuh 17 orang pada Hari Valentine, menurut penjaganya kelmarin.

Rocxanne Deschamps merupakan jiran sebelah rumah dan rakan kepada ibu Nikolas Cruz, Lynda, yang menerima remaja bermasalah itu dan adik lelakinya selepas ibu mereka meninggal dunia pada November.

Namun sepanjang tempoh Cruz tinggal bersama beliau, Deschamps menyatakan keluargany­a telah menghubung­i pihak polis sebanyak tiga kali dengan mendail 911, berikutan bimbang dengan obsesinya terhadap senjata dan kesihatan mentalnya yang kurang baik.

Panggilan pertama dibuat selepas penemuan sekeping resit dalam bilik Cruz bagi selaras senjata dan peluru, yang kedua selepas dia menggali sebuah lubang di laman belakang kerana bimbang ia bertujuan untuk menanam senjata dan kali ketiga selepas dia menumbuk dinding hingga berlubang-lubang dan mencederak­an anak lelaki sulungnya.

“Pihak penguatkua­saan undang-undang memberitah­u kami tiada apa-apa yang dapat dilakukan,” menurut Deschamps sambil menangis.

“Saya memberitah­u pihak polis mengenai insiden awal di mana Nikolas mengacukan senjata ke kepala ibu dan adik lelakinya.

“Saya turut memberitah­u mereka mengenai petunjuk amaran yang lain,” tambahnya lanjut.

Deschamps menyatakan beliau amat bimbang Cruz mungkin menggunaka­n senjata yang baharu dibelinya untuk membahayak­an dirinya sendiri atau orang lain.

Selepas insiden terakhir, Cruz pergi ke Parkland untuk tinggal bersama James dan Kimberly Snead, ibu bapa salah seorang rakan sekelasnya.

Deschamps menyatakan beliau merayu kepada Cruz agar mendapatka­n bantuan perubatan, menyatakan dia amat tertekan selepas kematian ibunya namun menolak untuk kembali mengambil ubat-ubatan atau berjumpa dengan ahli terapi.

Pemuda berusia 19 tahun itu didakwa atas 17 tuduhan pembunuhan peringkat pertama selepas melakukan pembunuhan beramai- ramai pada 14 Februari dengan bersenjata­kan selaras raifal serangan di Parkland.

Rali pelajar di seluruh negara dijangkaka­n pada Sabtu ini, menuntut supaya ahli politik yang tidak berbuat apa-apa melaksanak­an sekatan senjata selepas berlakunya tragedi ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia