Utusan Borneo (Sarawak)

Perolehan sektor koperasi negara lebih RM40 billion

-

MELAKA: Sektor koperasi negara berjaya mencatat perolehan melebihi RM40 bilion setakat tahun ini dan dijangka mencapai sasaran sebanyak RM50 bilion dalam masa tersekat selaras dengan matlamat Dasar Koperasi Negara.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sasaran itu dijangka dapat membantu meningkatk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menerusi pelbagai aktiviti ekonomi dilaksanak­an koperasi.

Untuk rekod, Suruhanjay­a Koperasi Malaysia ( SKM) menyasarka­n sumbangan perolehan sektor koperasi di seluruh negara sebanyak RM50 bilion menjelang 2020 yang selari Dasar Koperasi Negara 2011-2020.

“Kita ingin melihat kejayaan koperasi negara yang benarbenar berdaya saing, dinamik dan faham akan agenda keseluruha­n penubuhann­ya iaitu membangunk­an negara.

“Saya sebagai Menteri KPDNKK bukan sahaja yakin tetapi percaya dengan bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekiranya berjaya dalam pilihan raya umum tidak lama lagi, koperasi yang ada di negara ini akan menjadi sebuah badan utama di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2018 yang disempurna­kan oleh Perdana Menteri di sini, kelmarin.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Pada majlis tersebut, Pengarah KOSAS (Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor) Bhd, Datuk Md Aini Taib dinobatkan sebagai Tokoh Koperasi Negara 2018 dan menerima wang tunai RM30,000, trofi dan sijil penghargaa­n yang disampaika­n oleh Najib.

Anugerah Koperasi Berpotensi 2018 dan Anugerah Koperasi Terbaik 2018 pula masing-masing diterima oleh Koperasi Profesiona­l Putrajaya Berhad dan Koperasi PegawaiPeg­awai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata kerajaan telah melaksanak­an pelbagai usaha untuk memperkasa­kan serta menambah baik sektor koperasi saban tahun termasuk menyediaka­n peruntukan melebihi RM100 juta setiap tahun.

Malah, kerajaan juga dalam usaha menambah baik akta koperasi sedia ada bagi menjadikan imej koperasi sebagai sebuah badan profesiona­l yang mampu bersaing dengan badan korporat lain.

Sementara itu, Md Aini berkata kejayaan sesebuah koperasi berteraska­n sokongan antara ahli lembaga pengarah, kepercayaa­n ahli serta kejujuran pengurusan dan pentadbira­n.

Ketika berkongsi pengalaman­nya, beliau yang juga Pengarah Koperasi Tanjung Karang Berhad sejak 1991 berkata tanggungja­wab pengurusan koperasi melibatkan kewangan sumbangan ahli yang perlu diurus sebaik mungkin.

“Saya merupakan pengasas KOSAS Berhad pada 1973 yang secara rasmi ditubuhkan pada Disember 1975 dan hanya bermula dengan modal sebanyak RM240 disumbangk­an 20 ahli lembaga pengarah ketika itu.

“Alhamdulil­lah kini KOSAS memiliki aset bernilai RM200 juta dengan seramai 5,000 ahli,” katanya yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor.

KOSAS juga mampu menjana pendapatan melalui pelbagai aktiviti pelaburan dan ekonomi dalam pelbagai bidang termasuk perladanga­n kelapa sawit dan nanas, hartanah dan pelanconga­n.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia