Utusan Borneo (Sarawak)

Saham VS Industry meningkat selepas susut 12% bulan lepas

-

KUALA LUMPUR: Saham VS Industry Bhd (VSI) meningkat pada sesi pagi semalam berikutan pembetulan teknikal selepas menyusut lebih 12 peratus bulan lepas.

Maybank IB baru- baru ini berkata harga saham VS Industry dipengaruh­i oleh berita negatif dan perkembang­an di sekitar syarikat itu, termasuk amaran keuntungan di VS Internatio­nal Group, kelewatan pengeluara­n produk dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.

“Bagaimanap­un, kami yakin asas VSI kukuh, dengan pertumbuha­n ketara dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan memanfaatk­an pelanggan utamanya,” katanya dalam nota penyelidik­an semalam.

Bagaimanap­un, bank pelaburan menyemak turun unjuran bersih VSI pada tahun kewangan 2018 (FY18) hingga FY20 masing-masing sebanyak 10 dan 15 peratus bagi memasukkan anggaran terkini, yang mengambil kira kelewatan dalam pengeluara­n produk bagi pelanggan utama dalam FY18.

“Kami juga mengambil kira komposisi produk dan perubahan harga jualan purata bagi FY19 dan FY20 dalam operasi Malaysia, nilai dolar AS yang lebih rendah berbanding ringgit pada RM3.95 berbanding RM4.10 sebelumnya, selain unjuran yang lebih rendah dalam operasi China disebabkan oleh penggunaan kilang yang lebih rendah.

“Walaupun pendapatan kami merosot, kami yakin VSI masih berada pada kedudukan untuk merealisas­ikan pertumbuha­n tahun ke tahun mulai FY18 hingga FY20,” katanya.

Maybank IB juga berkata potensi pendapatan penuh syarikat itu berkemungk­inan ditunjukka­n pada separuh kedua tahun ini, dengan kesemua enam barisan pengeluara­n digunakan sepenuhnya.

Bank pelaburan itu mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas VSI, namun harga sasaran disemak semula kepada RM3.18 daripada RM3.55 sebelumnya.

Pada jam 11 pagi, saham VSI naik lima sen kepada RM2.68 dengan 848,800 saham didagangka­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia