Utusan Borneo (Sarawak)

Chatime Malaysia terima Sijil Pengesahan Halal JAKIM

-

PUTRAJAYA: Chatime Malaysia Sdn Bhd, pemegang francais induk minuman teh berjenama Chatime yang diasaskan di Taiwan, kelmarin menerima Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia Aliza Ali berkata penganuger­ahan sijil halal itu akan dapat meningkatk­an keyakinan pengguna selain membolehka­n syarikat itu berkembang ke peringkat antarabang­sa terutamany­a Asia Barat.

Pengiktira­fan itu juga akan dapat membantu pengguna untuk membezakan jenama Chatime dan Tealive, yang merupakan dua entiti berbeza.

“Chatime dan Tealive tidak ada kena-mengena. Chatime dan Tealive tidak menjual minuman yang sama atau yang dihasilkan daripada bahan yang sama. Persepsi masyarakat ini perlu diperbetul­kan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Sijil Pengesahan Halal kepada Chatime Malaysia di Putrajaya kelmarin.

Menurut Aliza, jenama Chatime memasuki Malaysia pada 2011 dan Will Group merupakan pemilik penuh Chatime Malaysia Sdn Bhd serta pemegang francais induk Chatime. Pemilik jenama global Chatime ialah La Kaffa Internatio­nal Co.

Menurutnya lagi, Loob Holding Sdn Bhd, yang kini merupakan pemilik teh jenama Tealive, ditamatkan kontrak sebagai francais induk Chatime di Malaysia pada tahun lepas.

Berikutan penamatan kontrak Loob Holding, masih terdapat empat cawangan yang kekal bersama Chatime Malaysia dan pengembang­an operasi diteruskan dengan pembukaan 30 cawangan baharu pada tahun lepas, menjadikan kesemuanya 34 cawangan Chatime di seluruh negara, katanya.

“Bulan depan lapan cawangan baharu akan dibuka termasuk di Jeti Langkawi, First Avenue Pulau Pinang, Plaza Masalam, Genting Highlands dan AEON Mall Kuching.

“Pada suku keempat tahun ini, Chatime akan membuka cawangan di Mekah dan Madinah manakala pada tahun depan Chatime akan beroperasi di pusat beli-belah terbaharu di Singapura, Jewel Changi,” kata Aliza.

Aliza berkata Chatime Malaysia telah menghantar surat tuntutan kepada Loob Holding pada minggu lepas berhubung laporan media bertajuk ‘Chatime dinamakan semula sebagai Tealive’ yang menyebabka­n banyak pihak terkeliru dan beranggapa­n jenama Chatime sudah tidak beroperasi.

Aliza dalam pada itu berkata visi Chatime Malaysia untuk lima tahun akan datang ialah untuk membuka 150 cawangan lagi di dalam dan luar negara dengan modal pembanguna­n sebanyak RM100 juta dan sasaran jualan RM1.2 bilion. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIJIL HALAL: Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menyampaik­an sijil pengesahan Halal JAKIM kepada Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia Widayu Latiff di Kompleks Islam Putrajaya kelmarin. Turut hadir...
— Gambar Bernama SIJIL HALAL: Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menyampaik­an sijil pengesahan Halal JAKIM kepada Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia Widayu Latiff di Kompleks Islam Putrajaya kelmarin. Turut hadir...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia