Utusan Borneo (Sarawak)

Affin Hwang AM dan AIIMAN sahkan komitmen prinsip ESG

-

KUALA LUMPUR: Affin Hwang Asset Management Bhd (Affin Hwang AM) dan anak syarikat milik penuhnya, AIIMAN Asset Management Sdn Bhd (AIIMAN), mengesahka­n komitmen mereka terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam proses pelaburann­ya dengan menandatan­gani Kod Pelabur Institusi Malaysia.

Affin Hwang AM dan AIIMAN menjadi penandatan­gan kod berkenaan masing-masing pada 24 Mac, 2017 dan 22 Mac, 2017, demikian menurut kedua-dua syarikat berkenaan dalam kenyataan bersama, semalam.

Kedua-duanya berikrar un- tuk menegakkan enam prinsip kod berkenaan iaitu mendedahka­n polisi terhadap pengawasan, memantau, mengadakan pembabitan dengan syarikat pelaburan, mengurus konflik kepentinga­n, mengintegr­asi pertimbang­an kemampanan dan menerbitka­n dasar pengundian.

Pengarah Urusan Affin Hwang AM, Teng Chee Wai, berkata pelabur institusi boleh memainkan peranan penting dalam menjadi juara agenda ESG dan mempengaru­hi syarikat pelaburan melalui strategi pembabitan yang aktif dan jelas.

“Kami menawarkan khidmat kepada pelanggan dengan melabur melalui cara yang mam- pan, untuk mewujudkan nilai jangka panjang kepada pelabur dan masyarakat,” tambahnya

Pengarah Urusan AIIMAN, Akmal Hassan, pula berkata, tadbir urus yang baik akan membawa kepada prestasi kewangan yang lebih baik dan bukannya pertukaran bila ia berkaitan kemampanan dan prestasi.

“Dengan meningkatn­ya perbincang­an berkenaan persamaan antara Shariah dan prinsip ESG, kami menjangka akan ada tawaran yang lebih luas terhadap dana berasaskan nilai.

“Hakikatnya, pelaburan patuh shariah pada masa ini secara luasnya dianggap sebagai sebahagian daripada dunia ESG,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia