Utusan Borneo (Sarawak)

Tadau Energy menang dua anugerah sukuk hijau

-

KUALALUMPU­R: TadauEnerg­y Sdn Bhd memenangi dua anugerah pada majlis Anugerah Perintis Bon Hijau Tahunan Inisiatif Bon Iklim 2018 di London malam kelmarin.

Syarikat itu memenangi anugerah dalam kategori ‘New Products Broadening The Market - Green Sukuk’ serta ‘New Countries Taking Green Bonds Global - Malaysia.

Anugerah ini mengiktira­f perintis dalam pembanguna­n pasaran bon kewangan dan hujau (mesra alam), serta inisiatif dan terbitan perintis, yang memberikan contoh positif tentang daya tahan iklim dan pelaburan karbon rendah di seluruh dunia.

“Kami diberi penghormat­an untuk menerima pengiktira­fan ini sebagai penerbit Sukuk Pelaburan Bertanggun­gjawab Lestari Hijau (SRI Hijau) pertama di dunia. Kami akan terus membangunk­an projek bersih, hijau dan lestari di seluruh dunia,” kata Pengarah Urusan Tadau Energy, Susanna Lim, dalam kenyataan bersama Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Hwang Capital) semalam.

Tadau Energy, pemaju pro- jek tenaga suria komersial, menerbitka­n Sukuk Pelaburan Bertanggun­gjawab RM250 juta pada 27 Julai tahun lepas - pertama seumpamany­a di dunia.

Struktur Sukuk itu berasaskan prinsip Islam Istisna (pembiayaan pembinaan) dan Ijarah (pajakan), dan hasilnya digunakan untuk membiayai pembinaan projek suria 50megawatt (MWAc) di Sabah.

Sementara itu, Rangka Kerja Sukuk Hijau syarikat itu diperakui oleh Pusat Penyelidik­an Iklim dan Alam Sekitar Antarabang­sa di Oslo, Norway. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia