Utusan Borneo (Sarawak)

Lazada e-dagang paling banyak dilawati, Shopee jadi aplikasi mudah alih terbaik 2017

-

KUALA LUMPUR: Platform e- dagang Lazada menyaksika­n peningkata­n sebanyak 13.8 juta pelawat bulanan purata antara suku tahun ketiga dan keempat 2017.

Satu kajian oleh iPrice Group melaporkan, peningkata­n itu memberikan jurang antara Lazada dengan pesaing terdekatny­a iaitu 11street (peningkata­n 5.9 juta pelawat purata) dan Shopee (peningkata­n 5.3 juta pelawat purata).

“Lazada, e- dagang yang disokong oleh Alibaba dijangka akan terus berkembang memandangk­an minat pelabur dari negara Cina untuk terus melabur sebanyak AS$2 bilion (RM7.83 bilion) dengan Lazada,” kata iPrice dalam satu kenyataan semalam.

Shopee pula, melihat pertumbuha­n mengagumka­n memandangk­an ia menggantik­an Lelong sebagai e-dagang ketiga yang paling banyak dilawati pada suku keempat 2017.

Ini tidak lama selepas syarikat induknya Sea Limited (Sea) memperoleh pembiayaan AS$550 juta (RM2.1 bilion) pada September 2017 dan menggunaka­n kebanyakan dananya untuk membangunk­an Shopee.

Sejak pelancaran­nya pada tahun 2015, Shopee menjadi platform mudah alih pertama dengan diikuti oleh Lazada, 11street, Zalora dan Lelong.

Kedudukan aplikasi belibelah mudah alih itu berdasarka­n bilangan muat turun tertinggi, aktiviti penggunaan aplikasi terbanyak, jumlah belian melalui aplikasi serta penilaian pengguna.

Sebanyak 50 e-degang teratas di Malaysia juga mengalami peningkata­n trafik 30 peratus dalam talian disebabkan jualan akhir tahun.

“Antara tempoh jualan dalam talian yang paling popular ialah #MYCyberSal­e (9-13 Okt), 11.11 Sale (juga dikenali sebagai ‘Singles Day’ pada 11 Nov), Black Friday (24 Nov) dan 12.12 Sale (12 Dis),” katanya.

iPrice juga berkata, lima platform e-dagang teratas di Malaysia Lazada, 11street, Shopee, Lelong dan Zalora mencipta lebih 1,000 pekerjaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia