Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumat palsu syarikat disebar melalui media sosial menyebabka­n pelabur kerugian

-

KUALA LUMPUR: Pihak Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) semalam memberi amaran kepada pelabur mengenai peningkata­n penyebaran maklumat palsu syarikat tertentu menerusi blog, forum dan platform media sosial bagi manipulasi skim penipuan pelaburan ‘pump and dump.’

Dalam satu kenyataan, SC berkata menerusi kaedah itu, pihak tidak bertanggun­gjawab bertindak mengumpulk­an saham pada harga rendah dan kemudianny­a menyebarka­n sentimen positif mengenai syarikat tertentu bagi mencetuska­n minat terhadap saham demi menaikkan harga.

“Apabila pelabur membeli saham itu, ia memberi peluang kepada pihak pelaku untuk menjual saham- sa- ham tersebut bagi mengaut untung. Ini menyebabka­n pelabur yang membeli saham pada harga tidak berubah mengalami rugi apabila tumpuan terhadap saham itu lenyap,” kata pengawal selia pasaran modal itu.

SC dan Bursa Malaysia juga baru-baru ini telah mengenal pasti sebuah blog ‘Bonescythe Stock Watch,’ yang didapati menyiarkan artikel mengand- ungi kenyataan, unjuran palsu yang mengeliruk­an serta menipu dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 178 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmat­an 2007 (CMSA).

“Susulan tindakan SC itu, blog itu telah dipadamkan,” kata SC.

Sehubungan itu, SC menasihati para pelabur supaya sentiasa berwaspada dan mengambil inisiatif mengesahka­n kesahihan satu-satu maklumat itu sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

“Para pelabur juga sentiasa diingatkan agar berhati-hati terhadap risiko penipuan dan mendapatka­n nasihat daripada pihak yang mempunyai lesen SC sekiranya berasa ragu-ragu,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Syarikat pembanguna­n teknologi minyak dan gas (O&G), NGL Tech Sdn Bhd, akan meneroka pasaran Timur Tengah menerusi usaha sama dengan syarikat tempatan yang menggunaka­n sistem pemulihan pemeluwapa­n tekanan rendah NGL (LP CRS).

Pengarah Urusannya Ir Arul Jothy berkata perjanjian usaha sama dijangka dimuktamad­kan pada April.

“Projek itu bernilai RM25 juta dan perlu diserahkan dalam tempoh lama bulan,” katanya pada sidang media di luar acara Persidanga­n Teknologi Luar Pesisir (OTC) Asia 2018 di sini semalam.

Beliau berkata NGL Tech memenangi dua anugerah OTC Asia Spotlight mengenai Teknologi Baharu dalam kategori perniagaan kecil bagi LP CRS dan Sistem Pembuangan Pasir siklon SEP-iSYS, yang dimiliki dan dibangunka­n bersama Petroliam Nasional Bhd.

Syarikat itu merupakan perusahaan tunggal dalam industri peralatan O&G Malaysia yang memenangi anugerah tahun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBANGUNKA­N: Adnan (tengah) diberi penerangan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan Putrajaya Leisures & Services Group Sdn Bhd Datuk Badlishah Ahmad (tiga kiri) ketika melihat model pembanguna­n projek pada Majlis Pecah Tanah Projek Rumawip Terminal...
— Gambar Bernama DIBANGUNKA­N: Adnan (tengah) diberi penerangan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan Putrajaya Leisures & Services Group Sdn Bhd Datuk Badlishah Ahmad (tiga kiri) ketika melihat model pembanguna­n projek pada Majlis Pecah Tanah Projek Rumawip Terminal...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia