Utusan Borneo (Sarawak)

Anak syarikat Sapura Energy dapat kontrak daripada Mubadala Petroleum

-

KUALA LUMPUR: Sapura Fabricatio­n Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sapura Energy Sdn Bhd telah memperoleh kontrak daripada Mubadala Petroleum dari Abu Dhabi untuk kerja-kerja di Block SK320 - Projek Pembanguna­n Pegaga.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata, skop kerja itu merangkumi kejurutera­an, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliah­an kemudahan platform pusat pemprosesa­n gas bersepadu luar pesisir di Sarawak.

“Kerja-kerja itu dijangka siap pada suku ketiga 2021,” katanya.

Sapura Energy berkata, kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitanny­a dan dijangka menyumbang secara positif ke arah pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2019 dan tahun kewangan selepas itu dalam tempoh kontrak.

Dalam satu kenyataan berasingan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata, kontrak itu merupakan yang keenam diperoleh syarikat sejak awal tahun ini.

“Ia permulaan yang baik untuk kami. Kami bangga dapat bekerja dengan syarikat yang sangat dihormati seperti Mubadala Petroleum dan menyokong pembanguna­n pertamanya di Malaysia.

“Sapura Energy percaya bahawa peningkata­n perbelanja­an modal oleh firma minyak dan gas adalah petunjuk bahawa industri itu sedang membuat peralihan secara beransur-ansur ke arah pemulihan,” katanya.

Lima kontrak yang diberikan kepada syarikat pada awal tahun ini adalah daripada Petronas Carigali Sdn Bhd, Hess Exploratio­n and Production Malaysia BV, Malaysia Marine and Heavy Engineerin­g Sdn Bhd, dan Mumbai Port Trust, yang mempunyai nilai gabungan hampir RM3 bilion setakat ini.

Pada Februari lepas, ia memperoleh lima kontrak (melalui anak syarikat milik penuhnya) dengan nilai gabungan kira-kira RM905 juta.

Mubadala Petroleum adalah pengendali Block SK320 dengan kepentinga­n 55 peratus, manakala Petronas Carigali memegang 25 peratus dan Sarawak Shell Bhd, 20 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia