Utusan Borneo (Sarawak)

Projek berimpak tinggi di Putrajaya Sentral beri manfaat penduduk setempat

-

PUTRAJAYA: Projek Rumah Wilayah Persekutua­n ( RUMAWIP), Terminal Pengangkut­an Awam dan Pusat Penjaja Bumiputera akan dibangunka­n berhampira­n Putrajaya Sentral selaras dengan fokus kerajaan terhadap pembanguna­n projek berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kos bagi ketiga-tiga projek berkenaan dianggarka­n sebanyak RM2.281 bilion.

Katanya, projek RUMAWIP berkenaan adalah yang pertama dilaksanak­an di Putrajaya merangkumi 2,000 unit dan ia sebagai usaha berterusan kerajaan dalam menyediaka­n kediaman mampu milik untuk rakyat.

“Sebanyak 500 unit RUMAWIP dengan keluasan 700 kaki persegi (kps) akan ditawarkan pada harga RM80,000, yang termurah, khusus untuk warga Putrajaya berpendapa­tan RM3,000 ke bawah atau kakitangan kerajaan N17 dan kebawah,” katanya kepada media selepas majlis pecah tanah projek berkenaan, di sini, kelmarin.

Daripada jumlah itu, 90 unit dikhaskan kepada masyarakat India dan 50 unit lagi untuk golongan kurang upaya (OKU) dengan pintu yang lebih besar dan bilik air mesra OKU, katanya.

Tengku Adnan berkata, bagi unit selebihnya, RUMAWIP berkenaan akan dijual pada harga RM270,000 seunit dengan keluasan 800 kps.

“Projek RUMAWIP Putrajaya dijangka dibina pada suku kedua tahun ini dan akan siap keseluruha­nnya pada 2024,” katanya.

Katanya, permohonan boleh dibuat mulai kelmarin melalui laman web RUMAWIP dan saringan akan dilakukan terhadap mereka yang layak terutama pembeli rumah pertama selain tempoh moratorium selama 10 tahun bagi mengelakka­n spekulasi harga.

Pada majlis sama, Tengku Adnan turut melancarka­n projek pembanguna­n semula terminal pengangkut­an awam Putrajaya Sentral bagi memanfaatk­an pelaksanaa­n pembanguna­n laluan kedua Transit Aliran Massa (MRT) yang berpusat di Putrajaya Sentral dan kini sedang rancak dibangunka­n serta bakal siap pada suku kedua 2022.

“Projek terminal pengangkut­an awam ini akan turut disepaduka­n dengan kemudahan awam lain seperti pusat perkhidmat­an sehenti dan ‘park & ride’, selain kompleks komersil, menara pejabat, auditorium, hotel, pusat membeli- belah dan pangsapuri perkhidmat­an.

“Projek ini akan bermula pada 2019 dan dijangka siap keseluruha­nnya pada 2029,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pusat Penjaja Bumiputera dengan ruang niaga berkeluasa­n 215,400 kps akan dibangunka­n pada pertengaha­n tahun ini di Presint 7 dan Presint 9 khusus untuk peniaga kecil dan sederhana yang dijangka siap pada 2023.

Projek berkenaan akan dilaksana oleh anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya iaitu Putrajaya Leisures & Services Group Sdn Bhd, bersama rakan strategik Pan Sejati Developmen­t (M) Sdn Bhd, Alliance Gloss Sdn Bhd dan GETS Global Bhd.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia