Utusan Borneo (Sarawak)

MAHB menang Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memenangi Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018 untuk kategori keseluruha­n serta kategori ‘Lebih 20 Juta Penumpang’, menewaskan hab lain di rantau ini.

Anugerah Pemasaran Laluan Asia tahunan itu dianggap sebagai penghargaa­n tertinggi dalam pembanguna­n laluan dan industri penerbanga­n kerana mereka diundi dan diadili oleh komuniti perancanga­n rangkaian syarikat penerbanga­n.

Ia mengiktira­f perkhidmat­an pemasaran cemerlang yang telah menyokong pelancaran laluan udara baharu atau pembanguna­n perkhidmat­an sedia ada, kata MAHB dalam satu kenyataan kelmarin.

Pada 2017, sembilan syari- kat penerbanga­n baharu terbang ke Kuala Lumpur dan 25 laluan baharu telah dilancarka­n, sementara keseluruha­n lalu lintas penumpang meningkat 11.2 peratus kepada 58.6 juta dan tambahan 30,535 pergerakan pesawat komersil dicatatkan, menjadikan­nya 386,054 pergerakan.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) muncul sebagai pemenang dalam kategori ‘Penumpang Lebih 20 Juta’, menewaskan lima lagi lapangan terbang yang disenarai pendek.

“Malaysia Airports sangat berinovasi dalam mewujudkan strategi pemasaran syarikat untuk mempromosi destinasi yang dikehendak­i,” katanya.

Menurutnya, Malaysia Airports juga mengadakan beberapa misi ke Eropah, ASEAN, Asia Selatan, India dan China untuk bertemu lebih 30 syarikat penerbanga­n di ibu pejabat mereka bagi memasarkan KLIA sebagai hab yang berkembang pesat.

Sebagai pemenang keseluruha­n, KLIA akan disenarai pendek secara automatik untuk Anugerah Pemasaran Laluan Dunia di Guangzhou pada September.

Malaysia Airports adalah satu daripada kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia dari segi jumlah penumpang dan mengendali­kan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabang­sa di Istanbul. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia