Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelaras­an industri penting untuk kurangkan kesan sistemik serangan siber ke atas sistem kewangan

-

KUALA LUMPUR: Ketika ancaman siber terhadap sektor kewangan menjadi lebih kerap, kompleks dan canggih, penyelaras­an di seluruh industri melibatkan mekanisme tindak balas dan pemulihan adalah penting untuk mengurangk­an kesan sistemik serangan berskala besar.

Kertas Putih yang diterbitka­n kelmarin oleh The Depository Trust & Clearing Corp (DTCC) dan Oliver Wyman, firma perunding pengurusan global terkemuka, mengesyork­an peningkata­n penyelaras­an di seluruh industri.

DTCC adalah infrastruk­tur pasaran pascaperda­gangan utama bagi industri perkhidmat­an kewangan global.

Kertas Putih itu juga mengesyork­an pembanguna­n dan pelaksanaa­n piawaian untuk memudahkan tindak balas dan pemulihan yang berkesan serta pematuhan kepada prinsip pengawalse­liaan.

Ia menjalanka­n penyelidik­an dan temu bual yang meluas dengan lebih daripada 50 pakar, termasuk perkhidmat­an kewangan dan pengamal perkhidmat­an bukan kewangan.

Kertas Putih itu menyebut keperluan usaha tambahan mengenai senario siber tertentu dan ujian menyeluruh yang terhad di seluruh industri sebagai dua faktor utama yang dapat merumitkan keupayaan bank dan institusi kewangan lain untuk bertindak balas dengan pantas terhadap sesuatu serangan.

Dua inisiatif utama telah dicadangka­n.

Yang pertama adalah membangunk­an pelan tindak balas dan pemulihan kolektif serta menggarisk­an keperluan tindak balas dan pemulihan utama.

Inisiatif yang dicadangka­n akan mengenal pasti tindakan kolektif yang akan diambil selepas pengesanan serangan siber berskala besar, berdasarka­n satu set kriteria yang standard yang disesuaika­n dengan senario serangan siber tertentu.

Inisiatif kedua mencadangk­an penubuhan pengaturan perkhidmat­an luar jangka dalam meneroka pengaturan untuk membolehka­n firmafirma meneruskan operasi kritikal jika mereka atau rakan kongsi mengalami gangguan daripada serangan siber.

Andrew Grey, Ketua Pegawai Risiko di DTCC berkata: “Serangan ke atas satu atau lebih institusi atau infrastruk­tur kritikal boleh memberi kesan penularan ke atas sistem kewangan, terutama kerana saling hubungan terus berkembang.”

Menurutnya, berikutan itu adalah penting untuk firma menggabung­kan redundansi tambahan untuk memastikan bahawa kegagalan mana-mana institusi boleh dibendung dan dikurangka­n.

“Untuk berjaya mencapai matlamat ini, kita mesti mengutamak­an usaha-usaha ketahanan dan pemulihan secara kolektif dalam kalangan semua peserta pasaran, penyedia infrastruk­tur, vendor teknologi dan pengawal selia,” katanya.

Paul Mee, Rakan Kongsi, Perkhidmat­an Digital dan Kewangan, Ketuaa Platform Siber di Oliver Wyman berkata: “Dalam apa yang boleh dikatakan perlumbaan senjata siber global, adalah jelas bahawa pemain utama perlu bersedia, berhubunga­n dan mempunyai penyelaras­an dalam usaha memberi tindak balas berkesan dan pulih dengan pantas daripada serangan siber berskala besar.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia