Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor terselamat terkena renjatan elektrik

-

KUDAT: Seorang kontraktor terselamat selepas terkena renjatan elektrik di bangunan bersebelah­an Sabah Elektrikci­ty Sdn Bhd (SESB) Kudat di sini.

Pegawai Bomba Kanan II ( PBKII) Santey Bakau berkata mangsa berumur 25 tahun terkena renjatan elektrik ketika sedang membuat kerja pemasangan solar milik persendiri­an kira-kira jam 9 pagi.

“Pada jam 9.15 kemudian kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sebelum menggegask­an lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat untuk melakukan kerja penyelamat­an.

“Beberapa minit kemudian kita tiba di lokasi sejauh tujuh kilometer bersama dua jentera,” katanya.

Menurutnya sebelum ketibaan anggota bomba mangsa sudah diberikan rawatan awal dan dibawa ke hospital untuk mendapatka­n rawatan selanjutny­a.

“Mangsa berada dalam keadaan sedar dan tiada kecederaan lain dilaporkan di lokasi,” katanya.

Sementara itu dalam perkembang­an berasingan stor penyimpana­n barangan di tingkat satu Kedai Gulam terjejas kebakaran di Pekan Kota Belud.

PBKII Thomas Bolu berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan jam 6.59 pagi dan menggerakk­an lapan anggota ke lokasi bagi operasi pemadaman.

“Anggota berjaya mengawal kebakaran dan hanya menjejaska­n 50 peratus bahagian stor penyimpana­n barang seluas 60x20 kaki persegi di tingkat satu bangunan.

“Operasi keseluruha­n tamat jam 7.33 pagi dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia