Utusan Borneo (Sarawak)

Siringan kuat bekerja, bantu bangunkan modal insan Sabah

-

KOTA KINABALU: Datuk Siringan Gubat seorang yang kuat bekerja, khususnya dalam membangunk­an modal insan negeri, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman semalam.

Sambil menyifatka­n Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah itu sebagai seorang sahabat yang baik, beliau berkata Siringan telah banyak menyumbang kepada pembanguna­n rakyat di negeri ini, khususnya golongan belia, dengan memberi banyak peluang latihan menerusi kementeria­n itu yang diterajuin­ya sejak 2013.

“Saya amat dukacita dan sedih kerana kehilangan seorang sahabat, seorang kawan yang juga seorang anggota jemaah menteri yang rajin dan amat dedikasi kepada kerjanya. Saya bagi pihak kerajaan negeri dan Barisan Nasional ingin menyampaik­an salam takziah kepada keluarga mendiang.

“Saya berharap keluarga mendiang tabah dalam menghadapi masa sukar ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormat­an kepada mendiang di Wisma Fook Lu Siew di sini semalam.

Musa, yang meluangkan masa selama sejam bagi memberi penghormat­an kepada mendiang, turut disertai anggota kabinet negeri dan Setiusaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

Siringan, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 10.57 malam kelmarin di sebuah hospital swasta, di sini

Mendiang meninggalk­an isteri Datin Rozelind Gubat, empat anak lelaki, seorang anak perempuan dan seorang cucu.

Sementara itu, anak sulungnya Rexie Siringan, 35 mengakui kematian bapanya amat menyedihka­n dan sukar diterima keluarga.

“Bapa saya diserang sakit jantung secara tiba-tiba dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Tetapi kami terpaksa terima ajalnya sudah sampai,” katanya.

Jenazah Siringan, akan dibawa ke Kampung Kinirasan, Ranau pada Jumaat ini untuk dikebumika­n pada keesokan harinya.

Siringan menjadi Ahli Parlimen Ranau sejak 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Paginatan pada 2013 dan merupakan pemangku Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dijangka tiba untuk lawatan kerja ke Sabah petang ini, dijangka memberi penghormat­an kepada mendiang sejurus tiba di sini kira-kira jam 1.30 petang semalam. — Bernama

 ??  ?? TERIMA HAKIKAT: Romi dipeluk ibunya setelah selesai prosiding, turut kelihatan Ram (kanan).
TERIMA HAKIKAT: Romi dipeluk ibunya setelah selesai prosiding, turut kelihatan Ram (kanan).
 ??  ?? SIRINGAN
SIRINGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia