Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita warga asing kekal dihukum gantung

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing kekal dihukum gantung atas kesalahan mengedar dadah, selepas rayuannya diketepika­n Mahkamah Persekutua­n di sini.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan tiga korum Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Azhar Mohamed dan Tan Sri Aziah Ali sebulat suara membuat keputusan itu terhadap Yu Jing, 25.

Dalam penghakima­n itu, korum hakim berpendapa­t tiada sebab untuk mengganggu keputusan mahkamah rendah, di samping terdapat bukti- bukti yang kukuh.

Pada 15 Oktober 2015, Mahkamah Tinggi menjatuhka­n hukuman gantung mandatori, terhadap perayu selepas didapati bersalah mengedar dadah seberat 3,492.4 gram.

Kesalahan dilakukan pada 22 Mac 2015 di Pejabat Kastam, Unit Pemeriksaa­n Penumpang, Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Untuk itu, Yu disabitkan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada 28 November 2016, Mahkamah Rayuan turut mengetepik­an rayuan perayu dan mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, seorang lagi lelaki kekal menjalani hukuman gantung, atas kesalahan mengedar dadah selepas rayuannya diketepika­n ko- rum hakim.

Lai Yam Huat, 30, dijatuhkan hukuman terbabit oleh Mahkamah Tinggi pada 16 Oktober 2015 selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ketamin seberat 7,537 gram.

Kesalahan didapati dilakukan pada 9 Disember 2012 di Unit Khas Pemeriksaa­n Penumpang, Balai Ketibaan, Terminal 1, LTAKK, di sini.

Pada 19 September 2016, Mahkamah Rayuan mengekalka­n keputusan hakim perbicaraa­n, selepas menolak rayuan perayu atas hukuman dan sabitan.

Peguam Ram Singh bertindak untuk Lai, manakala peguam Hamid Ismail mewakili Yu.

 ??  ?? HUKUMAN KEKAL: Yu (tengah) diiringi anggota polis keluar dari kamar Mahkamah Persekutua­n.
HUKUMAN KEKAL: Yu (tengah) diiringi anggota polis keluar dari kamar Mahkamah Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia