Utusan Borneo (Sarawak)

Warga asing dihukum gantung sabit kesalahan edar dadah

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing terpaksa menerima hakikat apabila dikenakan hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutua­n di sini, atas kesalahan mengedar dadah.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan tiga korum Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Azhar Mohamed dan Tan Sri Aziah Ali membuat keputusan itu terhadap Romi Ali, 27, selepas membenarka­n rayuan pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun menentang keputusan Mahkamah Rayuan, pada 15 November 2016 yang mengurangk­an pertuduhan responden kepada memiliki dadah.

“Mahkamah Rayuan terkhilaf secara undang-undang dalam penghakima­n, bahawa unsur mengedar tidak dibuktikan, yang mana bertentang­an dengan penemuan Mahkamah Tinggi,” katanya.

Menurutnya, hakim perbicaraa­n Mahkamah Tinggi sudah meneliti bukti-bukti yang ada dan membuat penemuan yang tepat, bahawa responden mengedar dadah.

Tambahnya, responden juga membawa sejumlah dadah dari satu tempat ke tempat lain dan bergantung dengan keadaan kes terbabit di samping berlakunya transaksi.

Bagaimanap­un, peguam Ram Singh berkata keputusan Mahkamah Rayuan tepat dan penghakima­n yang dibuat berdasarka­n fakta.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi mengurangk­an pertuduhan responden kepada memiliki dadah dan dikenakan penjara 17 tahun dan 10 sebat, setelah didapati bersalah.

Bagaimanap­un, pihak pendakwaan merayu di Mahkamah Rayuan dan responden diperintah­kan membela dirinya atas pertuduhan asal iaitu mengedar dadah.

Setelah perbicaraa­n penuh di Mahkamah Tinggi, Romi dikenakan hukuman gantung mandatori.

Bagaimanap­un, setelah merayu atas sabitan dan hukuman di Mahkamah Rayuan, pertuduhan responden dikurangka­n kepada memiliki dadah dan dikenakan penjara 17 tahun dan sepuluh sebat.

Romi didapati mengedar dadah seberat 1,155.95 gram, pada 4 Februari 2013 jam 6.40 pagi, di tebing sungai Pasir Putih, Tanjung Batu Longpond, di daerah Tawau.

Untuk itu, responden disabitkan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia