Utusan Borneo (Sarawak)

Keyakinan diri kunci kejayaan Ronaldo

-

LISBON: Cristiano Ronaldo berkata kunci kepada kejayaanny­a yang begitu cemerlang adalah kepercayaa­n bahawa tidak ada orang lain yang lebih bagus daripadany­a – dan menasihatk­an rakannya dalam pasukan Portugal untuk memiliki sikap yang sama.

Bintang Real Madrid itu membuat kenyataan tersebut ketika dia menerima anugerah pemain terbaik Portugal di Lisbon.

“Kita harus sentiasa percaya bahawa kita adalah yang terbaik,” kata Ronaldo, yang mengetuai Portugal untuk memenangi kejuaraan Euro 2016 dan kini mengalih perhatian kepada Piala Dunia 2018.

“Kita perlu berfikiran besar. Saya sentiasa percaya bahawa tidak ada orang lain yang lebih bagus daripada saya, sekurang- kurangnya di luar padang,” katanya.

“Pada peringkat peribadi dan kolektif, saya menikmati tahun impian. Saya memenangi lima piala (Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA, Piala Kelab Dunia, kejuaraan liga Sepanyol dan Piala Super Sepanyol), anugerah Ballon D’Or dan gelaran ‘Terbaik’ FIFA.”

Ronaldo, yang sudah memenangi Ballon D’Or sebanyak lima kali, kini berada di Lisbon bersama skuad Portugal yang akan menentang sebuah lagi pasukan yang layak ke Piala Dunia, Mesir, esok (Jumaat) dan Belanda tiga hari kemudian.

Pemain berusia 33 tahun itu sudah menjaringk­an 79 gol dalam 147 perlawanan untuk Portugal dan akan mengetuai Juara Eropah itu ke Piala Dunia 2018, jika kecergasan mengizinka­n, di mana mereka akan menentang Sepanyol, Maghribi dan Iran pada pusingan pertama.

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia