Utusan Borneo (Sarawak)

PEMAIN PILIHAN TERUS DOMINAN

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Peserta pilihan terus mendominas­i hari kedua Kejohanan Golf Terbuka Amatur Remaja Sarawak 2018 yang berlangsun­g semalam di Damai Golf and Country Club (DGCC).

Selepas mencatat skor gross 73 pada hari pertama kelmarin, pemain berusia 15 tahun, Zulaikah Nurziana Nasser kekal menguasai kategori Perempuan A dengan mengutip skor sama semalam.

Perebutan kategori Perempuan B menyaksika­n Angel Hii kekal selaku pendahulu manakala carta teratas kategori Perempuan C masih milik peserta berusia 12 tahun, Mirabel Ting Ern Hui.

Dalam kategori Lelaki ( Special), Mohd Amirul Fadhlan memintas Steven Hii selepas mencatat skor 76.

Persaingan Remaja Lelaki A tidak kurang menarik apabila Malcom Ting masih mendahului walau diberi tentangan hebat dari peserta lain.

Derrick Kong pula merampas kedudukan teratas dari tangan Elden Sim dalam kategori Remaja Lelaki B sementara Saxen Hii Shang Yao terus selesa menguasai kategori Remaja Lelaki C setakat ini.

Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh berkata kejohanan berlangsun­g dari 20 hingga 22 Mac itu disertai ramai pemain remaja Sarawak yang akan mewakili negeri pada SUKMA Perak pada September depan.

“Kejohanan ini disokong oleh Persatuan Golf Sarawak (SGA) dan kebanyakan pemain remaja Sarawak mengambil bahagian adalah mereka yang akan bertanding pada SUKMA Perak.

“Keadaan cuaca yang baik juga melicinkan perjalanan penganjura­n kejohanan ini,” katanya semalam.

Hari ini kesemua peserta sekali lagi akan turun berentap untuk menentukan kejuaraan.

“Kejohanan ini disokong oleh Persatuan Golf Sarawak ( SGA) dan kebanyakan pemain remaja Sarawak mengambil bahagian adalah mereka yang akan bertanding pada SUKMA Perak.”

Roslan Mohd Salleh

Pengurus Besar DGCC

 ??  ??
 ??  ?? CARI CALON BERPOTENSI: Petinju bergambar kenangan bersama panel penilaian dan jurulatih selepas sesi pemilihan berakhir.
CARI CALON BERPOTENSI: Petinju bergambar kenangan bersama panel penilaian dan jurulatih selepas sesi pemilihan berakhir.
 ??  ?? LIBAS: Aksi pemain berusia 12 tahun, Mirabel dalam persaingan kategori Perempuan C semalam.
LIBAS: Aksi pemain berusia 12 tahun, Mirabel dalam persaingan kategori Perempuan C semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia