Utusan Borneo (Sarawak)

ACU PARANG, LELAKI BAWA TONG GAS AWAL PAGI DICEKUP

-

SIBU: Seorang lelaki ditahan polis kerana bertindak menakut-nakutkan orang awam dengan parang di Kampung Jeriah, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek, 25, terdahulu ditangkap orang awam selepas cuba melarikan diri ketika membawa sebuah tong gas memasak sambil menunggang motosikal dalam keadaan mencurigak­an sekitar jam 6.30 pagi.

Dalam kejadian itu, pengadu, 63, terserempa­k dan bertanya kepada suspek mengenai pemilikan tong gas yang dibawanya.

“Suspek kemudian mengeluark­an parang dan bertindak mengugut untuk mencederak­an pengadu sebelum cuba melarikan diri,” katanya.

Bagaimanap­un, penduduk kampung yang melihat kejadian itu terus mengejar lalu menangkap suspek.

“Suspek gagal memberi keterangan munasabah mengenai tong gas tersebut dan mengeluark­an parang ketika pengadu bertanya mengenai pemilikann­ya,” katanya.

Stanley berkata, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan 37(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1958.

Difahamkan, suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes pecah rumah dan curi.

“Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan akan menjalani ujian air kencing,” tambahnya.

 ??  ?? DICEKUP: Suspek yang ditangkap pagi semalam.
DICEKUP: Suspek yang ditangkap pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia