Utusan Borneo (Sarawak)

Minum cecair peluntur gara-gara putus cinta

-

KUCHING: Gara-gara putus cinta, seorang lelaki meminum secawan cecair peluntur sebelum dihalang oleh keluargany­a dalam satu insiden di Tabuan Dayak di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa, 22, dipercayai tertekan dengan keputusan teman wanitanya itu menyebabka­n dia nekad untuk menamatkan hidupnya dengan bertindak sedemikian tanpa berfikir panjang.

Namun, tindakanny­a merakam aksinya meminum cecair peluntur itu dan menghantar kepada teman wanitanya berjaya menyelamat­kan nyawanya apabila wanita terbabit terus memaklumka­n kepada keluarga mangsa.

“Ahli keluargany­a terus menghalang mangsa daripada meminum lebih banyak cecair peluntur tersebut dan turut menghubung­i pihak ambulans.

“Anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian segera memberi bantuan kecemasan kepada mangsa sebelum mengejarka­nnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” kata sumber.

Mangsa yang dalam keadaan lemah bagaimanap­un enggan memberi kerjasama ketika hendak dibawa ke HUS.

“Dia tidak mahu mengikut anggota paramedik walaupun dipujuk berkali-kali sehing- galah teman wanita datang ke tempat kejadian baharu dia bersetuju untuk dihantar ke HUS bagi mendapatka­n rawatan lanjut,” kata sumber.

Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun masih menerima rawatan di Unit Kecemasan HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia