Utusan Borneo (Sarawak)

Program pemulihan durian dilaksanak­an mulai April

Tumpuan utama naik taraf bagi memulihkan durian bermula di stesen pertanian yang sedia ada: Uggah

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah melalui Jabatan Pertanian bakal melaksanak­an program pemulihan durian di negeri ini, mulai April depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tumpuan pertama program adalah menaik taraf bagi memulihkan durian dengan dimulakan di stesen pertanian yang ada di Sarawak.

“Hasil daripada pemerhatia­n, pengeluara­n durian kita masih sangat rendah iaitu dalam 50 biji atau kurang malahan hanya dua biji bagi setiap pokok durian.

“Di Johor, pokok durian mereka berbuah dua kali setahun sedangkan di Sarawak sekali atau tiada.

“Maka itu program ini bagi membolehka­n pokok durian kita lebih produktif dan mengeluark­an buah berkualiti tinggi untuk musim seterusnya dan kita akan memulakan ia pada bulan depan (April),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan pelancaran Penghantar­an Pertama Pes Durian Sarawak ke China di Kilang Pempros- esan Top Fruits Sarawak di Batu Kitang di sini, semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, program ia dimulakan pada April bagi meneliti terlebih dahulu prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan durian dapat berbuah dengan banyak.

“Dengan SOP ini kita ingin melihat bagaimana ia berkesan untuk digunakan di semua stesen pertanian yang kemudianny­a nanti menjadi ladang contoh dibawa kepada semua petani atau pekebun.

“Ia bagi melihat dan memahami amalan pertanian yang baik termasuk penyuburan, penyelengg­araan tetap dan sebagainya bagi meningkatk­an pendapatan lebih tinggi ke- pada mereka,” katanya.

Pada masa yang sama Uggah berkata, beliau telah meminta beberapa wakil rakyat khasnya di kawasan Serian untuk memilih pekebun yang boleh menyertai program pemulihan berkenaan.

Katanya kumpulan utama adalah pekebun dari kawasan Serian dan juga di Limbang, yang mana terdapat potensi besar di Long Lama dan Marudi.

“Kita minta wakil rakyat kita mengesyork­an pekebun kerana kita mahu memulakan program pada April ini dan kita yakin durian mampu berbuah pada penghujung tahun ini.

“Saya yakin ia akan berjaya dan pada tahun depan kita mampu menggandak­an hasil kita,” katanya sambil berkata dari situ ia menggalakk­an lagi penanaman durian kepada pekebun.

Uggah berkata, kini pihaknya sedang mencari strategi bagaimana menyediaka­n benih mencukupi serta dengan harga berpatutan atau murah.

Beliau memberitah­u, kini apa yang menjadi isu adalah harga dan spesies durian seperti sama ada ia benarbenar Musang King atau sebaliknya.

“Maka menjadi tanggungja­wab Jabatan Pertanian untuk memastikan bahawa anak benih yang dinamakan sebagai Musang King adalah spesies yang sebenar,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Ik Pahon Joyik dan Pengarah Top Fruits Sarawak Chong Yie Loong.

Hasil daripada pemerhatia­n, pengeluara­n durian kita masih sangat rendah iaitu dalam 50 biji atau kurang malahan hanya dua biji bagi setiap pokok ” durian. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? BERKUALITI: Uggah menujukkan durian yang ada di Kilang Pemprosesa­n Top Fruits Sarawak sambil disaksikan Chong (kiri).
BERKUALITI: Uggah menujukkan durian yang ada di Kilang Pemprosesa­n Top Fruits Sarawak sambil disaksikan Chong (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia