Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedia RM70 juta

Biayai pengangkut­an barangan ke pedalaman Sabah

-

KOTA KINABALU: Kerajaan pusat memperuntu­kkan RM70 juta untuk membiayai kos pengangkut­an barangan ke kawasan pedalaman di seluruh Sabah tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seru Najib Tun Razak.

Beliau berkata peruntukan itu bagi memastikan harga barangan di pedalaman Sabah berada pada kadar rendah agar mampu dimiliki rakyat di kawasan berkenaan.

“Sebenarnya, harga barangan bukannya tinggi sangat, tetapi orang tengah yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

“Lazimnya, mereka (orang tengah) akan menaikkan harga barangan dan salahkan kerajaan kononnya harga naik disebabkan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“Ini tak benar kerana GST telah kita laksanakan sejak dua tahun lalu, sepatutnya tidak ada kesan sama sekali (pada harga barangan),” katanya ketika melancarka­n Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Far Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) di sini, Rabu.

Najib turut menjelaska­n kadar GST negara sebanyak 6 peratus merupakan kadar paling rendah berbanding kadar GST yang dikenakan negara lain.

Malah, beliau berkata kerajaan terus prihatin dengan mengecuali­kan GST ke atas 578 barangan keperluan.

“Jadi tidak boleh menyalahka­n kerajaan. Apabila ada hasil (daripada GST), kita akan pulangkan kepada rakyat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

“Kita sediakan RM6.8 bilion untuk agihan BR1M tahun ini dan (daripada jumlah itu) RM561 juta untuk Sabah,” katanya, sambil menambah pengagihan BR1M turut membantu ekonomi negara berkembang.

Najib berkata kerajaan sentiasa prihatin dan mendengar nadi rakyat agar langkah penyelesai­an dapat dilaksanak­an bagi membantu dan memanfaatk­an rakyat.

 ??  ?? NAJIB (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kepimpinan negeri dan KPDNKK pada program berkenaan.
NAJIB (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kepimpinan negeri dan KPDNKK pada program berkenaan.
 ?? Gambar JABATAN PENERANGAN ?? NAJIB (tengah) mengunjung­i tapak jualan Biz Fair pada majlis berkenaan. -
Gambar JABATAN PENERANGAN NAJIB (tengah) mengunjung­i tapak jualan Biz Fair pada majlis berkenaan. -
 ??  ?? NAJIB (tengah) menyampaik­an Sumbangan Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) SSM kepada Musa (kiri).
NAJIB (tengah) menyampaik­an Sumbangan Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) SSM kepada Musa (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia