Utusan Borneo (Sarawak)

PJSR bantu tangani kos sara hidup isi rumah, peniaga

-

KOTA KINABALU: Program Jualan Sentuhan Rakyat ( PJSR) anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) yang dilancarka­n di sini kelmarin adalah untuk membantu rakyat Sabah khususnya.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata PJSR berkenaan mampu membantu rakyat menangani kos sara hidup pada masa kini.

“Program atau inisiatif ini mampu membantu rakyat dengan menawarkan barangan keperluan dapur dengan harga yang lebih murah daripada pasaran.

“Inisiatif ini adalah satu program gabung anyang diberi nama sebagai Biz Fair yang dianjurkan oleh Suruhanjay­a Syarikat Malaysia ( SSM). Ini juga untuk membantu peniaga kecil di Sabah,” katanya berucap pada majlis perasmian PJSR peringkat negeri Sabah di sini pada Rabu.

Katanya, program PJSR berkenaan adalah sebenarnya satu inisiatif dilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui kehendak dan segala kemahuan rakyat masa kini.

Tambahnya, ini s iati f kerajaan itu semata- mata untuk membantu setiap golongan masyarakat dalam negara amnya dan Sabah khususnya.

Pada PJSR dan Biz Fair berkenaan, pengguna berpeluang mendapatka­n keperluan dapur seperti ayam, beras, minyak masak, gula, tepung dan hasil laut dengan harga antara lima hingga 20 peratus lebih rendah sepeerti harga pasaran biasa.

Selain itu, PJSR yang baru dilaksanak­an pada 20 Januari yang lalu telah berlangsun­g sebanyak 458 siri di seluruh negara melibatkan jumlah jualan melebihi RM20 juta sepanjang tempoh itu.

Bagi Sabah sahaja, 31 siri PJSR dilaksanak­an dengan keseluruha­n jualan berjumlah RM2,774,873 serta pengunjung yang terlibat pula seramai 75,000 orang seterusnya membuktika­n bahawa program i tu mendapat sambutan yang begitu menggalakk­an dari seluruh kelompok masyarakat terutamany­a golongan B40 dan M40.

 ??  ?? MAJLIS pengagihan zakat korporat SSM yang disempurna­kan oleh Najib (kanan).
MAJLIS pengagihan zakat korporat SSM yang disempurna­kan oleh Najib (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia