Utusan Borneo (Sarawak)

SLTA TERUS DIBERI KEPERCAYAA­N OLEH ITF

Tuan rumah kelayakan akhir Piala Davis/Piala Fed tarik 128 pemain remaja terkemuka dari 20 negara

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sekali lagi diberi kepercayaa­n oleh Persekutua­n Tenis Antarabang­sa (ITF) sebagai tuan rumah Kelayakan Akhir Asia/ Oceania Kejohanan Tenis Remaja Piala Davis (JDC)/Piala Fed (JFC) By BNP Paribas.

Presiden SLTA Dato Patrick Liew berkata, JDC akan berlangsun­g dari 9 hingga 14 April disusuli saingan JFC dari 15 hingga 21 April bertempat di gelanggang tenis SLTA.

“Ini kali keenam kita diberi kepercayaa­n oleh Persekutua­n Tenis Antarabang­sa (ITF) untuk menganjurk­an kejohanan berprestij ini.

“Kali terakhir kita menjadi tuan rumah kejohanan ini empat tahun lepas (2014).

“Pihak ITF telah menyediaka­n geran berjumlah RM210,000 kepada SLTA untuk memastikan kejohanan ini dianjur dengan jayanya,” jelas Patrick pada sidang media semalam.

Menurut Patrick, edisi kali ini bakal disertai seramai 128 pemain tenis remaja (64 lelaki, 64 wanita) terkemuka dari 20 negara.

Negara terbabit antaranya China, Australia, Taiwan, Malaysia, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Thailand, Uzbekistan, Pakistan, Singapura, Mongolia, Sri Lanka dan Pacific Oceania.

Ia bakal menjanjika­n pertembung­an menarik kerana kebanyakan peserta yang mengambil bahagian merupakan pemain yang menduduki ranking tiga terbaik di negara masing- masing, tegas Patrick.

“Kejohanan ini menjadi tumpuan utama peserta remaja yang mahu melayakkan diri ke pusingan akhir akan diadakan di Republik Czech pada September nanti,” ka- tanya lagi.

Justeru, beliau menjangkak­an saingan menarik bakal ditampilka­n oleh semua peserta yang mengambil bahagian.

Tambah beliau, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dijadual merasmikan dua kejohanan tersebut pada 9 dan 16 April nanti.

Pihak ITF telah menyediaka­n geran berjumlah RM210,000 kepada SLTA untuk memastikan kejohanan ini dianjur dengan jayanya. Dato Patrick Liew Presiden SLTA

 ??  ??
 ??  ?? JANJI SAINGAN HEBAT: Patrick (dua kiri) bersama jawatankua­sa penganjur lain memperagak­an senarai penyertaan kejohanan pada sidang media semalam.
JANJI SAINGAN HEBAT: Patrick (dua kiri) bersama jawatankua­sa penganjur lain memperagak­an senarai penyertaan kejohanan pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia