Utusan Borneo (Sarawak)

Runtuhan tebing sungai kejutkan warga RhSara

Kejadian awal pagi Selasa lalu menyebabka­n penduduk yang sedang tidur terjaga akibat bunyi kuat

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Kejadian tanah runtuh di tebing Sungai Baram ketika semua penduduk sedang nyenyak tidur ternyata mengejutka­n Rumah Sara di Sungai Telungan, Tinjar dekat sini.

Kejadian sekitar jam 3 pagi Selasa lalu menyebabka­n penduduk yang sedang lena tidur terbangun selepas mendengar bunyi tanah runtuh yang kuat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung pada jam 7.55 malam Selasa lalu.

“Tiga anggota APM diketuai Prebet (PA) Robert Joanes ditugas melakukan pemantauan ke lokasi kejadian pagi semalam (kelmarin).

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati tanah runtuh di beberapa bahagian tebing sungai termasuk runtuhan lebih satu kaki dari Rumah Sara,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Mohd Hazle Shah berkata, pemantauan lanjut mendapati terdapat tanda-tanda rekahan di lokasi yang sama dan mata air mengalir melalui rekahan tanah.

“Cuaca di lokasi semalam (kelmarin) hujan dan anggota mendapati berlaku pergerakan di kawasan rekahan tanah.

“Penduduk setempat dinasihati berhati-hati dan tidak mendekati kawasan yang mengalami runtuhan,” katanya.

Setibanya di lokasi, anggota mendapati tanah runtuh di beberapa bahagian tebing sungai termasuk runtuhan lebih satu kaki dari Rumah Sara.

Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid Pegawai APM Daerah Miri

 ??  ?? PERIKSA: Anggota APM memantau perkembang­an tanah runtuh di tebing sungai berdekatan di Rumah Sara di Sungai Telungan, Tinjar.
PERIKSA: Anggota APM memantau perkembang­an tanah runtuh di tebing sungai berdekatan di Rumah Sara di Sungai Telungan, Tinjar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia