Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak memerlukan ramai pakar bidang digital: Manyin

Mampu capai status negeri termaju menjelang 2030 dengan lebih pantas jika mempunyai modal insan mencukupi

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak mampu mencapai status negeri termaju di Malaysia menjelang tahun 2030 dengan lebih pantas jika mempunyai modal insan yang mencukupi terutama pakar dalam bidang digital.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata Sarawak mempunyai lambakan sumber semula jadi namun ketandusan modal insan.

Justeru katanya, Sarawak membuka pintu kepada pakar digital luar untuk membantu negeri ini mencapai status negeri termaju di Malaysia menjelang 2030.

“Untuk kita mencapai status ini, kita tiada pilihan selain berganjak kepada ekonomi digital.

“Sebab itu kita membuka pintu kepada pakar digital luar untuk membantu merealisas­ikan inisiatif ekonomi digital oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Menerusi kerjasama ini kita berharap ia dapat me- letakkan Sarawak sebagai negeri termaju dalam Malaysia menjelang tahun 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program IBM Corporate Service Corps (IBM CSC) Sarawak 2018 di Auditorium Menara Pelita, The Isthmus dekat sini semalam.

Terdahulu ketika berucap pada majlis tersebut, Manyin berkata, Sarawak telah melancarka­n Strategi Ekonomi Digital 2018-2022, yang menggarisk­an 27 pelan strategik untuk memacu ekonomi Sarawak mencapai status berpendapa­tan tinggi.

“Sarawak sedang mempercepa­tkan dakapan ke era baharu pendigital­an dan mengalu- alukan idea daripada pemimpin industri seperti IBM Corporate Service Corps yang boleh bertindak sebagai pemangkin bagi transforma­si digital Sarawak.

“Dengan pelan tindakan dan strategi yang dibangunka­n berdasarka­n input daripada pakar seperti IBM CSC, saya yakin kita dapat meletakkan Sarawak pada kedudukan yang lebih baik dengan meman- faatkan peluang daripada era digital masa kini,” katanya.

Dalam pada itu, Program IBM CSC Sarawak 2018 melibatkan seramai 15 pakar perunding IBM telah ditugaskan memberi khidmat rundingan kepada empat agensi iaitu Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, Pusat Biodiversi­ti Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara selama empat minggu.

Para perunding menggunaka­n metadologi pemikiran rekaan dan penyelesai­an masalah dalam penglibata­n mereka dengan empat agensi ini untuk membangun strategi bagi adaptasi inovasi digital dalam pendidikan, literasi, biodiversi­ti dan keselamata­n awam.

Untuk Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak, pasukan IBM CSC membangunk­an strategi pemacu data bagi menggalakk­an belia muda luar bandar mengikuti Latian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Di Pustaka Negeri Sarawak, pasukan IBM CSC mereka cipta pelan tindakan bagi keselamata­n perpustaka­an menggunaka­n analitik data untuk pemahaman yang lebih baik dan memperbaik­i literasi serta penggunaan khidmat perpustaka­an.

Bagi Pusat Biodiversi­ti Sarawak pula, IBM CSC menghasilk­an pelan tindakan untuk memperbaik­i pengurusan pengetahua­n tradisi biodiversi­ti dengan menggunaka­n analitik bagi mempercepa­tkan penemuan manfaat tumbuhan bagi penggunaan perubatan.

Pasukan IBM CSC membina pelan tindakan untuk Dewan Bandaraya Kuching Utara membangunk­an platform digital dengan melibatkan komuniti dalam pencegahan jenayah.

Turut hadir Pengarah Urusan IBM Malaysia Chong Chye Neo, Pengarah Kewarganeg­araan Korporat IBM Asia Pasifik, China dan Jepun David Raper serta wakil-wakil agensi yang terlibat termasuk barisan pakar perunding IBM.

Untuk kita mencapai status ini, kita tiada pilihan selain berganjak kepada ekonomi digital. Dato Sri Michael Manyin Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ?? BERSAMA PAKAR: Manyin (lima kanan) merakam kenangan bersama barisan pakar perunding IBM serta wakil agensi yang terlibat dalam Program IBM CSC Sarawak 2018. Turut kelihatan Chong (empat kanan) dan David (belakang, lima kanan).
BERSAMA PAKAR: Manyin (lima kanan) merakam kenangan bersama barisan pakar perunding IBM serta wakil agensi yang terlibat dalam Program IBM CSC Sarawak 2018. Turut kelihatan Chong (empat kanan) dan David (belakang, lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia