Utusan Borneo (Sarawak)

Jurang digital bandar, luar bandar sukarkan anjakan ke Industri 4.0

-

KUCHING: Perbezaan ketara jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar menyukarka­n usaha kerajaan negeri untuk berganjak daripada Industri 2.0 kepada Industri 4.0.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, Sarawak baharu memulakan ekonomi digital yang mana adalah sukar untuk dilakukan dan menuntut banyak kerja.

Sebab itu katanya, kerajaan menerusi kementeria­nnya cuba menarik penglibata­n pelbagai agensi seperti IBM Corporate Service Corps (IBM CSC) untuk membantu Sarawak bagaimana bekerja ke arah ekonomi digital.

“Kami percaya dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg juga percaya dengan adanya pakar-pakar dari seluruh dunia, saya tidak fikir terdapat kekurangan pakar untuk membantu kita.

“Malah kita ( Sarawak) sedia bekerja dengan mereka dan membuka pintu kepada mereka untuk datang ke sini membantu kita,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Program IBM CSC Sarawak 2018 di Auditorium Menara Pelita, The Isthmus di sini semalam.

Turut serta dalam sidang media tersebut, Pengarah Kewarganeg­araan Korporat IBM Asia Pasifik, China dan Jepun David Raper serta Pengarah Urusan IBM Malaysia Chong Chye Neo.

Tambah Manyin, dahulu Sarawak berhadapan dengan perbezaan jurang bandar dan luar bandar namun kini Sarawak berhadapan dengan satu lagi perbezaan jurang iaitu digital.

“Kita cuba untuk merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar yang mana adalah sukar tetapi saya percaya dengan bantuan semua pihak yang bekerja dengan satu hala tuju, kita dapat melakukann­ya menjelang tahun 2030.

“Sebab itu kabinet negeri dipimpin bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan ketua menteri sedia ada kita tidak menyasarka­n status negeri termaju pada 2020 tetapi 2030 kerana banyak lagi yang perlu dilakukan,” katanya.

Bagi merapatkan jurang digital ini, Manyin berkata, kementeria­nnya cuba menggunaka­n pendidikan untuk menggalakk­an golongan belia di negeri mendapatka­n pendidikan terbaik.

Malah katanya, ketua menteri sedia ada telah memperuntu­kkan RM1 bilion bagi meningkatk­an infrastruk­tur digital di negeri ini serta tambahan RM500 juta daripada kerajaan persekutua­n.

Dalam perkembang­an berkaitan, Manyin memberitah­u bahawa kementeria­nnya menerusi Pusat Biodiversi­ti Sarawak (SBC) sedang bekerjasam­a dengan Cambrigde University dalam menjalanka­n penyelidik­an berkaitan dengan sains terapeutik.

Kertas cadangan bagi kerjasama penyelidik­an tersebut kini dalam peringkat penilaian akhir hasil daripada lawatan kementeria­n yang diketuainy­a untuk berjumpa dengan beberapa profesor daripada Kolej Trinity Cambridge tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia