Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari dijangka rasmi Seminar ‘One Belt One Road’, 6-7 April

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dijangka akan merasmikan Seminar ‘One Belt One Road’ (OBOR) di Dewan Saa’ti, Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) pada 6 dan 7 April depan.

Seminar awam itu merupakan anjuran Institut Penye- lidikan Sehati iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin ketika menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jeneral China di Kuching Cheng Guangzhong di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

“Tujuan kami mengadakan seminar ini adalah untuk memperkena­lkan konsep OBOR kepada rakyat Sarawak di mana ia bakal menjadi suntikan dan rangsangan kepada pemban- gunan pelbagai sektor di negeri ini.

“Pelbagai program telah disediakan termasuk tiga penceramah antarabang­sa dan tempatan masing-masing akan menyampaik­an ceramah pada seminar itu nanti.

“Dan salah seorang penceramah yang telah kami jemput adalah Cheng. Beliau akan bercakap mengenai topik OBOR daripada perspektif negara China,” katanya.

Oleh itu, Lee mengucapka­n terima kasih kepada Cheng atas kesudianny­a bekerjasam­a dan menjadi salah seorang penceramah dalam seminar itu nanti.

“Saya harap seminar ini akan menjadi titik permulaan untuk kami membantu Sarawak ke arah visi negeri membangun sekali gus merancakka­n hubungan perdaganga­n dengan negara lain dalam pelbagai bidang,” katanya.

Selain daripada seminar itu, Lee menambah, satu ma- jlis pelancaran untuk Institut Penyelidik­an Sehati turut akan diadakan dan dirasmikan oleh ketua menteri.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee dan Pengarah Institut Penyelidik­an Sehati Dr Voon Jan Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia