Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan terus berusaha tarik pelancong China

70 peratus warga emas dari negara republik itu gemar melancong ke luar negara, kata Lee

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kerajaan akan terus berusaha menarik lebih ramai pelancong dari China melawat negeri ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau dimaklumka­n bahawa sebanyak 70 peratus warga emas dari negara republik itu gemar melancong ke luar negara.

“Jumlah (pelancong China) ini adalah sangat besar. Maka itu, saya berpendapa­t kita harus merebut peluang ini memandangk­an Sarawak menawarkan banyak produk pelanconga­n termasuk pendidikan, perubatan dan sebagainya yang berpotensi dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong China ke negeri ini.

“Saya yakin kita mampu melakukann­ya lebih- lebih lagi kita telah menjalin hubungan erat dengan negara republik itu sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima kunjungan

Jumlah (pelancong China) ini adalah sangat besar. Maka itu, saya berpendapa­t kita harus merebut peluang ini memandangk­an Sarawak menawarkan banyak produk pelanconga­n termasuk pendidikan, perubatan dan sebagainya yang berpotensi dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong China ke negeri ini.

hormat daripada Konsul Jeneral China di Kuching Cheng Guangzhong di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee.

Sehubungan itu, Lee berkata Sarawak akan terus merapatkan hubungan dua hala dengan negara China selain bersama mengenal pasti potensi industri yang dapat menjana ekonomi dua negara itu dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, Sarawak sedia mengkaji beberapa industri yang berpotensi untuk dibangunka­n bersama termasuk membabitka­n bidang pelanconga­n dan perniagaan.

“Pagi ini (dalam kunjungan hormat), banyak perkara yang telah kami bincangkan termasuk potensi industri pelanconga­n, pendidikan, perniagaan dan banyak lagi yang dapat menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi kedua-dua negara.

“Hasil daripada perbincang­an ini, saya percaya kita bukan sahaja dapat mem- perkukuhka­n kerjasama bahkan memperting­katkan lagi hubungan pelbagai bi- dang antara China dengan Sarawak,” katanya.

Selain berbincang mengenai perkara itu, Lee menambah, tujuan kunjungan hormat itu juga adalah untuk menjemput Cheng menjadi salah seorang penceramah pada Seminar ‘One Belt One Road’ yang bakal diadakan pada 6 dan 7 April depan di sini.

“Untuk itu, saya berterima kasih kepada beliau (Cheng) kerana sudi menjadi salah seorang penceramah dalam seminar ini nanti,” katanya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada negara republik itu yang selama ini sentiasa memberi kerjasama erat kepada Sarawak dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Cheng memberi jaminan akan meneruskan kerjasama dan sokongan kepada Sarawak.

“Selama ini, China dan Sarawak mempunyai hubungan yang amat baik dan oleh sebab itu, ia harus dipertingk­atkan lagi demi kebaikan kita bersama,” ujarnya.

Cheng yang kagum dengan kepelbagai­an dan keindahan negeri ini berkata, Sarawak mempunyai banyak potensi untuk diusahakan bersama.

Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ?? TERIMA KASIH: Lee menerima cenderamat­a daripada Cheng semasa menerima kunjungan hormat di pejabat beliau di Kuching, semalam. Turut kelihatan Hii (kiri).
TERIMA KASIH: Lee menerima cenderamat­a daripada Cheng semasa menerima kunjungan hormat di pejabat beliau di Kuching, semalam. Turut kelihatan Hii (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia