Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP yakin tawan semula kerusi Parlimen Miri: Lee Ini berdasarka­n gerak kerja wakil rakyat BN yang sentiasa berkhidmat, bukan sekadar menjelang pilihan raya

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yakin mampu menawan semula kerusi Parlimen Miri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.

Naib Presiden SUPP Datuk Lee Kim Shin berkata, ini berdasarka­n gerak kerja cemerlang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan itu yang sedia memberi khidmat tanpa mengira masa, bukan sekadar muncul menjelang pilihan raya sahaja.

“Mereka (rakyat) boleh melihat, boleh banding Ahli Parlimen daripada pembangkan­g (Dr Michael Teo) yang telah dipilih, apa pencapaian beliau, apakah yang rakyat nikmati daripada beliau, berbanding dengan wakil rakyat BN yang sentiasa bersedia membantu rakyat,” katanya sidang media selepas menghadiri program Townhall JASA Jelajah Akar Umbi 2018 di sini, petang kelmarin.

Dr Teo pada PRU13 berjaya merampas kerusi Miri daripada genggaman SUPP selepas menewaskan Datuk Sebastian Ting dengan majoriti 1,992.

Pada Pilihan Raya Negeri 2016, Ting yang dicalonkan lagi untuk bertanding di kerusi Piasau, berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut daripada wakil rakyat sepenggal Parti Tindakan Demokra- tik (DAP) Alan Ling dengan majoriti 2,112 undi.

Dua daripada tiga DUN dalam Parlimen Miri diwakili BN iaitu Lee sendiri di Senadin dan Ting di Piasau, sementara Pujut pula dipegang Dr Ting Tiong Choon daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Lee yang juga Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan berkata, beliau dan Ting saling bekerjasam­a sebagai satu pasukan ketika turun padang.

“Walaupun saya tidak ada di Miri, masih ada pasukan lain (termasuk Ting) yang berkhidmat untuk membantu rakyat tidak kira masa.

“Kita terus bersiap sedia bekerja selepas pilihan raya yang lalu,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai Memorandum Persefaham­an (MoU) SUPP dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) dalam peletakan calon, Lee berkata, ia terserah kepada Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian untuk memilih dan pucuk pimpinan BN untuk menentukan­nya.

“Saya percaya pemimpin akan mencari langkah (penyelesai­an) yang bijak,” katanya.

 ??  ?? YAKIN: (Dari kiri) Ting dan Lee pada sidang media selepas menghadiri program Townhall JASA Jelajah Akar Umbi 2018 di Miri, petang kelmarin.
YAKIN: (Dari kiri) Ting dan Lee pada sidang media selepas menghadiri program Townhall JASA Jelajah Akar Umbi 2018 di Miri, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia